Bubar DUN Perak - tahap kecemasan beb !

Oleh : albanjari

Jemputan ke majlis untuk bersama DS Nizar pagi tadi tidak upaya dipenuhi. Majlis pelancaran program setahun Kudeta Perak dan Media di kediaman beliau di Ipoh. Terima kasih kepada saudara yang diwakilkan oleh DS kerana sudi menjemput blogger seperti wak ke majlis tersebut.

InsyaAllah, pada 24hb. Januari ini andai tiada apa aral yang menghalang kepada permit ceramah, DS Nizar akan bertandang ke pekan Tanjung Piandang di Dataran Keadilan. Tentu isu panas yang akan disentuh beliau sangat berkaitan dengan isu 'Bubar DUN'. Apa pun penjelasan beliau pagi tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, sedikit cemas, lebih cemas bila melihat orang parti khususnya Pakatan Rakyat dan jenteranya masih goyang kaki. Apa kata DS Nizar..baca dibawah.

IPOH, 20 Jan - Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. - BERNAMA

Sumber: http://politikbanjar.blogspot.com/

 
Load Counter