Species Rasis Sudah Bebas!!

MCA dan Gerakan telah terkena jangkitan penyakit yang didiagnosekan oleh Dr Mahadhir iaitu "Melayu Mudah Lupa" . Oleh sebab, kali ini yang terkena penyakit ini ialah majoritinya kaum Cina dalam MCA dan Gerakan, maka apa kata kita namakan pula penyakit ini "Cina Sudah Lupa"

"Kaum Cina adalah pendatang" Oleh itu, mereka tidak layak mendapat hak yang sama. Itu adalah kata-kata manusia bernama Ahmad Ismail yang dijangkiti virus rasis. Fuullaaamaak..... havoc isu ini dulu. MCA mengamuk... Gerakan mengamuk!! Kaum Cina di Malaysia rasa seolah-olah mereka diperlakukan seperti warganegara kelas kedua.

Semua ini berlaku kerana orang Melayu berjenama UMNO yang sengaja membiak virus rasis dalam diri mereka, berasa marah kerana Ketuanan Melayu dicabar. Maka, mengamuklah rasis-rasis Melayu-UMNO ini, dengan mengoyak-ngoyakkan gambar pemimpin-pemimpin Cina dalam GERAKAN. Koyak gambar boleh mempertahankan Ketuanan Melayu yang sudah layu.??Hi hi hi.... piiigiirrraahh!!!

Kerana desakan-desakan daripada MCA dan GERAKAN maka, Ahmad Ismail telah digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun. Tapi, belum pun tamat tempoh hukuman, dia dibebaskan. Ha ha ha ha.... kerana berkelakuan baik kot!!

Si rasis yang bikin havoc sudah bebas.... tetapi, yang peliknya, bagaimana MCA dan GERAKAN.... boleh diam membisu. Tak berbunyi!! Takkan lupa kot.... sedangkan virus-virus rasis sedang menyerang Dr Mahadhir serta Nazri Aziz dalam isu BTN.

Ataupun.... mereka terlalu sibuk hingga boleh lupa. MCA dengan masalah dalaman yang belum ada kesudahannya dan Toh Tsu Koon pulak sibuk dengan KPI para menteri kabinet dapur Najib.

Apakah sindrom Satu Malaysia yang telah membuatkan mereka lupa?? Maklumlah.... prestasi mesti diutamakan.... kalau tidak nanti, terlepas pulak jawatan menteri!!

MCA... GERAKAN.... apa sudah jadi?? Apa tunggu lagi?? UMNO telah membuktikan yang ia membela pemimpin rasis, kerana... dia juga parti rasis. Tak mau larikah keluar dari itu parti Barisan Najis atau kita tukarkan namanya kepada Barisan Rasis.

Atau... kita gabungkan dia menjadi lebih dramatik... BARISAN NAJIS RASIS!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter