Orang Islam hentam negeri Islam

Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarakatuh.

Sedih sekali apabila kita membaca tajuk di atas. Tetapi itulah hakikatnya ketika ini. Ramai yang menulis seperti seorang ustaz tetapi mengkritik kepimpinan ulamak terutama di Kelantan. Kelantan seperti diserang dari pelbagai sudut. Bukan sahaja dari segi ekonomi yang sentiasa disekat, fitnah bertali arus menyerang tanpa henti-henti. PAS yang masih bertahan di Kelantan masih terus dihujani dengan pelbagai tuduhan dan hasutan agar negeri Serambi Mekah ini hancur dan berkecai.

Apakah tujuannya? Tujuannya satu, iaitu supaya negeri yang diperintah Ulamak tersohor Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tumbang agar dapat digantikan dengan Islam Liberal dari pihak UMNO. Persoalannya, adakah UMNO itu sendiri mahukan Islam? Apakah perjuangan UMNO itu benar di sisi Allah swt? Jika Islam PAS yang mahu menegakkan syariat Allah swt itu salah dan sesat, apakah perjuangan UMNO pula diterima Allah swt sedangkan UMNO terang-terangan menentang hudud dan membenarkan pelbagai maksiat dan kejahatan berleluasa?

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk memecah belahkan masyarakat tetapi menyuruh masyarakat berfikir sejenak tentang kekacauan umat Islam kini. Saya tidak mahu membentangkan fakta apa yang PAS dah buat sepanjang pemerintahan mereka di Kelantan seperti Pajak Gadai Islam yang pada mulanya di perlekehkan oleh Tun Mahathir yang akhirnya diikuti pula oleh beliau (hanya mengambil satu contoh). Tetapi apa yang ingin saya bentangkan ialah mengapa tergamak orang Islam yang mengaku beriman menempelak sebuah negeri yang inginkan syariat Islam itu ditegakkan? Di manakah Allah swt di sisi mereka-mereka ini? Adakah mereka sedar dengan jatuhnya sebuah negeri yang cuba mendaulahkan Islam, maka akan tertegaknya kembali sebuah negeri yang bertuankan Taghut? Sanggupkah mereka menanggung saham-saham kejahatan yang akan tertegak di Kelantan nanti?


Sedarlah sesungguhnya dosa-dosa selain syirik itu ada 2 bahagian. Yang pertama dosa-dosa yang berhubungan dengan hak-hak Allah. Yang kedua, dosa-dosa yang berhubung dengan hak-hak manusia.

Dosa -dosa berhubung dengan hak Allah ialah seperti meninggalkan syariat Allah seperti hudud, puasa, sembahyang, zakat, dan sebagainya. Berdosalah manusia itu jika dihatinya terdetik walau sedikit pun bahawasanya salah satunya itu tidak wajib malah boleh ditangguhkan. Wajib bagi dirinya bertaubat dan memohon ampun dan berjanji untuk melaksanakannya..

Seterusnya dosa-dosa ini juga kerana kebodohan dan tidak mengerti akan Allah swt sebagaimana layaknya. Seperti menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharankan apa yang dihalalkan. Contoh, judi itu haram tetapi jika berlesen ianya halal. Arak menjadi jamuan istimewa bagi golongan VIP di Malaysia. Rasuah dibenarkan jika ianya ditukar menjadi politik wang. Merogol budak bawah umur tidak mengapa asalkan pimpinan atasan yang buat.

Sesungguhnya apabila dosanya sampai kepada tingkat KEKUFURAN maka wajiblah mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, mengerjakan apa-apa yang telah diingkarinya, dan menjauhkan apa-apa yang telah dikerjakan itu. Sesiapa yang berbuat dosa kerana kebodohannya maka wajiblah dia mencari ilmu dari sumber-sumbernya dan berusaha agar menjadi orang yang berilmu.

Yang kedua, dosa-dosa yang berhubungan dengan hak-hak manusia. Wajib mengembalikan hak kepada pemiliknya, baik berupa harta benda, kerugian, kerosakan, kecurian, ghasab atau lain-lain. Samalah seperti penarikan hak royalti minyak di terengganu sewaktu kerajaan PAS memerintah dan diganti pula dengan wang ehsan yang mana wangnya tidak sampai kepada rakyat. Begitu juga wang royalti minyak di Kelantan yang juga tidak dibayar kerana dendam kesumat yang bernanah dalam jiwa UMNO. Di dunia ini pelbagai alasan boleh diberikan tetapi bagaimana pula di hadapan Allah swt. Di waktu itu tiada lagi hakim-hakim jahat dan fasik yang mampu menyebelahi kezaliman ini.

Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah SWT nescaya Allah haramkan baginya syurga dan neraka adalah tempat tinggalnya, tidak ada seorangpun penolong bagi orang-orang yang zalim". (QS. al-Maidah: 72)

Menolak hukum hudud itu menjadikan kita kufur atas perintah Allah. Bagaimana menyokong UMNO boleh ke syurga sedangkan hudud itu dihalang dengan pelbagai alasan dan tekanan? Bagaimana pula yang sanggup menyokong dan tolong menolong membantu UMNO menang dalam pilihanraya? Apa pula kepastian mereka di sisi Allah swt? Bagi orang-orang yang menyokong kezaliman dengan menyokong tindakan UMNO mengambil hak rakyat, adakah mereka yakin Allah meredhai pekerjaan mereka? Adakah belum jelas amaran Allah di atas tadi?


Hadis Rasulullah saw yang bermaksud " tolonglah saudaramu yang berbuat aniaya dan teraniaya". Seorang sahabat bertanya; "menolong yang teraniaya dapat saya fahami, tetapi bagaimana harus menolong yang menganiaya (Zalim)?" Rasul menjawab: " Mencegahnya dari perbuatan aniaya itulah cara menolongnya".

Kerana itulah wajib bagi kita mencegah pimpinan-pimpinan yang zalim ini daripada menzalimi saudara yang lain. Adakah kita masih lagi ingin tolong menolong dalam menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan atau ingin tolong menolong dalam menjatuhkan kerajaan yang berpaksikan hawa nafsu manusia?

Marilah sama-sama kita berfikir sejenak, yang manakah yang akan diredhai Allah dan yang mana pula akan dimuraki Allah swt.

firman Allah swt:
"Dan barangsiapa berpegang teguh kepada agama Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus" (QS. Ali Iram:101)

"Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (QS. Al-Baqarah: 256)

Mulai pada saat ini marilah kita renung-renungkan adakah kita menyokong pemerintahan Islam atau pun kita masih lagi hanyut dengan gelombang kemurkaan Allah swt. Cara terbaik, lakukan sedikit penyelidikan dan buatlah sembahyang isyhtikharah akan perjalanan hidup kita. Moga Allah menghimpunkan kita dikalangan orang-orang yang benar.

TAKBIRR!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter