Kota Siputeh : Keputusan dok tang mana lagi taktau..UMNO dah pakat dok lobi hang aku dah..

Maznah calon Wanita paling layak

Bagaimanapun kata Kamilia, kalau boleh, biarlah calon Wanita pula diberi peluang.

Jika permintaan ini diberi pertimbangan, calon Wanita yang paling layak mungkin Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Maznah Hamid yang juga Exco Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO negeri Kedah.

Selain itu, nama yang turut disebut-sebut berpeluang ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

“Kami amat berharap bukan sahaja calon itu dipilih daripada kalangan wanita tetapi kami juga mahukan suara kami ini didengar oleh semua pihak,” kata Kamilia.

Menurutnya, beliau mahu calon Wanita dipilih kerana berasa ahli Wanita selama ini begitu ikhlas melaksanakan setiap tugasan parti terutama sebagai perayu undi kerana mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Selain itu, beliau berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memantapkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dengan menyediakan beberapa modul dan menjadualkan tugasan bagi menghadapi mana-mana pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menurutnya, seminar ataupun modul yang bakal dilaksanakan ini tidak ada bezanya dengan apa yang telah dilaksanakan oleh BN negeri iaitu ‘BN Menang, Kedah Senang’ kerana setiap perlaksanaan dibuat adalah dengan satu matlamat yang sama iaitu memastikan kemenangan pada setiap pilihan raya.

Kamilia berkata, walaupun modul yang disediakan itu bermatlamatkan kemenangan pada pilihan raya namun terdapat beberapa perbezaan keperluan pada setiap modul yang dilaksanakan berdasarkan strategi perlaksanaan.

Beliau berkata, dalam memastikan kemenangan kedua BN selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan tempoh hari, perbincangan bersama Wanita daripada kompenen BN negeri juga telah dibuat bagi memantapkan jentera Wanita BN.

Sumber: http://kedahlanie.blogspot.com/

 
Load Counter