Ibrahim Ali batu api...MSM tukang semarakkan api

MSM pakar twist... pakar spin. Pendekkan cerita MSM pakar putar belit. Media-media ini pun banyak yang tak ikut etika kewartawan, ini Najib nak set pulak kod etika untuk blog.

Dia sedar yang banyak blog-blog di alam maya menghentam dan memdedahkan propaganda, tipu helah, kepincangan, salah laku, penyelewengan serta rasuah mereka. Dan... mereka menerima kesannya.

Ini semua tidak didedahkan oleh MSM yang telah dicucuk hidung untuk menjadi alat propaganda mereka. MSM hanya akan sebarkan apa yang menguntungkan TUAN POLITIK mereka saja. Tak kiralah dengan cara twist atau spin sesuatu isu itu asalkan ia menguntungkan UBN. Inilah etika kewartawanan yang dimaksukan oleh Najib??

Apakah mengamalkan sikap berat sebelah.... bias... menipu... berpihak... putar belit isu... reka cerita... sebar fitnah... etika dalam bidang kewartawanan. Namun.. di negara Malaysia Boleh, khususnya untuk kerajaan Satu Malaysia Najib, itu semuanya boleh belaka!!!

Kalau berita yang didedahkan dalam blog... dianggap fitnah belaka! Sebab itu, penulisan di blog kena ada etika. Pooorraaahhh!!! Semua ini bukannya ikhlas tetapi ada udang yang tersembunyi di sebalik mee. Etika untuk mengena kita!!

Lihat saja isu peruntukan wang bagi pembinaan rumah ibadat untuk orang Islam dan bukan-Islam.... iaitu masjid dan rumah ibadat kaum lain?? Lihat, bagaimana ia diputarbelitkan oleh media penjilat mereka. Heboh... kecoh... kononnya telah menyentuh sensitivi kaum Melayu-Islam. Sengaja nak bikin wujudkan prejudis kaum dan agama di kalangan masyarakat plural di Malaysia. On top of that... nak smear imej Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Nga Kor Ming, hanya bertanya dan mintak penjelasan.... tapi tak pasal-pasal pulak dia dikatakan biadap kerana menyentuh sensitiviti agama orang Melayu dan menjadi api dalam sekam yang cuba menimbulkan kemelut kaum. Di sini, batu api mereka ialah Ibrahim Ali, si katak yang BN-friendly from Pasir Mas Kelantan. Ibrahim Ali jadi batu api dan yang tukang tiup dan semarakkan api ialah media penjilat... MSM!! Sorry... strategi komer takkan menjadi!!!

Agaknya... menjadi batu api dan tukang semarakkan api adalah salah satu kod etika kewartawan ala-Satu Malaysia ilham daripada Najib Razak.

Sebenarnya, tak tak der isu pun, tetapi sengaja dibesar-besarkan menjadi isu. Isu yang nak memburukkan DAP dan nak test PAS dan PKR.... tentang pendidrian mereka berkaitan perkara yang sengaja mereka timbulkan sebagai isu.

PKR dan PAS jangan terperangkap dengan permainan mereka. Stay cool and bertindak secara bijaksana. Jangan cepat melatah. Stay united dan bersuara dalam satu suara yang tegas and menyakinkan. Selain itu, jawab tuduhan mereka dengan mengukuhkan lagi kerjasama dan ukhuwah kita dalam Pakatan Rakyat.

Kesepaduan dan kesepakatan kita adalah kehancuran mereka!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter