Yahoo!! Beraya di Kota Seputeh!!

Kalau tak da aral melintang, kita akan beraya pulak di Kota Seputeh Kedah Darul Aman. Bukan berhari raya korban tetapi berpesta dalam piliha raya kecil bagi DUN Kota Seputeh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan kerusi DUN Seputeh kosong dan mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan tersebut.

Nampak gayanya, ex-YB kita iaitu Abu Hasan terpaksalah menyerahkan gelaran YB serta kerusi empuk DUN Seputeh. Kesian jugak.... tapi apa nak buat. Dia telah tidak hadir sidang DUN sebanyak dua kali. Kali pertama ialah pada April 19 dan kali kedua Aug 9 tanpa kebenaran daripada Speaker. Oleh itu.... out you go!!

Yang syoknya, pada 1 September yang lepas SPR dengan angkuh dan konfiden, memandai-mandai mengisytiharkan Abu Hassan masih lagi ADUN Kota Seputeh dan tidak akan ada pilihan raya di situ.

Tup-tup hari ini, mahkamah pulak kata SPR telah memandai-mandai bertindak ikut kepala hotak dia dan menyanggah apa yang SPR dah buat. Pilihan raya tetap akan diadakan di Kota Seputeh.

Ambik kau SPR.... padan muka!! Nak tunjuk kuasa tapi kuasa tak laku!!! He he he he...

Pening ler lagi kepada Najib dan koncu-koncunya. Udah lah kewangan kerajaan tengah gawat, sampai nak bagi kaki tangan kerajaan bonus pun dah tak mampu, sekarang terpaksa pulak belanja besar untuk PRK DUN Kota Seputeh.

Pakatan Rakyat bersiap-sedia ler. One more PRK coming up. Kasi ganyang UBN betul-betul. Tebus balik kekalahan di Bagan Pinang. Tiga parti PAS-DAP-PKR mesti berganding tangan membentuk satu gerakkerja yang tersusun, organised dan yang ada koordinasi antara ketiga-tiga parti. Tunjuk yang kita bersatu hati!!

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center kata... jika pilihan raya diadakan sekarang PR akan kalah. So, apa kata we proof them wrong?? Buktikan yang PR mampu meraih kemenangan!!

So, bagaimana?? Boleh??
Sumber gambar: Malaysiakini

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter