Mengenang Tragedi Memali

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah itu mati, Bahkan sebaliknya mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita - (ali-Imran : 169-170)

Hari ini (19 November 2009) genap 24 tahun tragedi berdarah di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling Kedah. Tragedi ini mengorbankan as-syahid Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang muridnya dalam pertempuran dengan polis. Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah kepada pihak polis kerana akta ISA. As-syahid mahu ditangkap menggunakan akta zalim itu. Beliau dituduh pemecah belah masyarakat. Padahal UMNO Balinglah yang bertanggungjawab mendesak kerajaan mengambil tindakan keatas as-Syahid kerana as-syahid berjaya meluaskan pengaruh PAS di Baling.

Tragedi ini sungguh menyayat hati. Penduduk kampung yang lemah digempur habis-habisan oleh polis dajjal laknatullahi alaihim ajmain, semoga Allah dan malaikat melaknat sekelian polis yang bertanggungjawab keatas tragedi ini melainkan mereka yang telah bertaubat. UMNO memainkan propaganda dengan mendakwa as-Syahid menyebarkan ajaran sesat. Ulama'-ulama' upahan disuruh mendakwa Ustaz Ibrahim tidak mati syahid. Akhirnya Sultan Kedah sendiri pergi melawat perkuburan syuhada ini.

Wajar kita semua berasa iri hati dengan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya serta pengikut-pengikutnya kerana mereka menemui Allah dengan jalan yang mulia. Pasti mereka semua sedang berseronok dan menikmati segala keindahan di salah satu taman-taman syurga. Perjuangan as-syahid Ustaz Ibrahim Libya memberikan inspirasi kepada kita semua betapa akta ISA itu zalim dan patut dimansuhkan, kerana ia telah disalahgunakan oleh UMNO.

Sumber: http://reformisjalanan.blogspot.com/

 
Load Counter