Integriti Dan Kredibilti Insan Terpuji

Setelah hampir dua minggu Tok Guru Nik Aziz dikritik dan dihina ekoran kemelut PMBK, namun akhirnya episod ini tamat dengan perletakan jawatan Ariffahmi sebagai CEO badan tersebut.


Alhamdulillah.... dengan tamatnya episod ini, maka redalah masalah yang terpaksa dihadapi oleh PAS, khususnya di Kelantan. Harapan kita PAS akan tetap kukuh di bawah Tok Guru Nik Aziz


Sehubungan itu, sekalung tahniah diucapkan kepada Tok Guru Nik Aziz kerana akur dengan permintaan pimpinan tertinggi PAS dan begitu juga kepada Ariffahmi kerana akur dengan permintaan Tok Guru supaya meletak jawatan. Inilah tanda orang yang ada integriti dan maruah diri. Mereka bertindak bukan atas kepentingan diri tetapi kerana kepentingan parti dan jemaahnya. Pengorbanan ini patut kita hargai.


Walau pun Ariffahmi telah meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, namun kita mengalu-alukan tindakan SPRM yang ingin terus menyiasatnya atas tuduhan kononnya berlaku rasuah dan penyelewengan serta salah guna kuasa dalam PMBK. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Siasat jangan tak siasat...


Bab-bab rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa ni, kita tak boleh kompromi. Sekiranya betul ada berlaku, sila ambil tindakan dan dakwa. Jika bersalah tetap bersalah tetapi jangan pulak aniaya dan fitnah. Buruk padahnya...


Syabas Tok Guru.... integriti tetap tinggi dan kredibilti masih utuh.


Yang aku pelik.... mengapa ada pihak yang sibuk-sibuk nak suruh Tok Guru namakan penggantinya dan bagi tau plan peralihan kuasanya. Mengapa perlu desak-desak dia?? Macam nak suruh dia cepat berhenti jer... PAS dapat bertahan selama 20 tahun di Kelantan pun kerana orang percaya pada Tok Guru. Kalau orang lain ler.... entah-entah Kelantan dah dapat semula kepada UBN.


Orang-orang ni... mungkin tak sedar yang kekuatan PAS Kelantan terletak pada individu yang bernama Nik Aziz. Malah, PAS satu Malaysia pun kuat dan diterima ramai oleh Melayu dan bukan-Melayu kerana ketokohan Nik Aziz. Setakat ini... tak nampak lagi ketokohan mana-mana pimpinan PAS, yang ada pengaruh dan aura untuk menarik sokongan rakyat kepada PAS seperti Nik Aziz. Kalau ada yang perasan tu.... hentikanlah!!


Begitulah sinonimnya Nik Aziz dengan PAS. So... kepada pimpinan PAS Kelantan dan juga PAS Pusat, relax ler... Don't put pressure on Tok Guru. Dia tahu apa yang dia akan buat when the time comes.


No... don't push him, ok?? When the right time comes, we'll know....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter