3 Ikon Pemimpin Rakyat

Dari persepsi rakyat, tiga tokoh dalam Pakatan Rakyat, kini telah menjadi ikon sebagai pemimpin rakyat yang disenangi oleh rakyat, tak kira... Melayu, Cina dan India serta lain bangsa. Mereka ialah.... Tok Guru Nik Aziz, Nizar Jamaluddin dan Anwar Ibrahim.


Tok Guru Nik Aziz sebagai tokoh ulama telah berjaya menunjukkan satu contoh teladan yang cukup cantik selaras dengan ajaran Islam. Penampilan beliau.... cara hidup beliau.... tutur kata beliau... tindak tanduk beliau.... amalan beliau.... prinsip perjuangan beliau.... semuanya mencerminkan bertapa indah dan cantiknya Islam itu. MasyaAllah... bangganya aku mempunyai pemimpin serupa ini. Inilah yang memikat dan memukau hati rakyat daripada semua kaum.


Nizar Jamaluddin pulak.... mula dikenali ramai selepas PRU 12, apabila menjadi MB kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, Darul Haru Biru. Seorang yang rasional dalam tindakannya..... prihatin, berani dan tidak pernah putus asa dalam mempertahankan hak rakyat Perak... mempunyai semangat juang yang amat dikagumi..... seorang yang 'down to earth' dan mesra dengan rakyat serta jujur dan bertanggung jawab.


Aku kagum dengan apa yang pernah diucapkannya dalam satu forum di Hotel Excelsior. Kata dia.... Biarlah orang nak kata saya boneka DAP. I don't give a damn because I know what I am doing. Apa yang dia buat adalah demi kebaikan rakyat.... regardless mereka itu Melayu, Cina mau pun India. Begitulah lebih kurang bunyi kata dan maksud dia. Hooraay!!! Allahuakbar.... inilah dia pemimpin rakyat sejati.


Anwar Ibrahim pulak seorang insan yang gifted dengan aura sebagai seorang pemimpin. Dia mempunyai karisma.... dia mempunyai kebolehan berpidato yang boleh memukau sesiapa saja yang mendengarnya.... dia mampu menimbulkan gelombang perubahan dengan aura dan karisma nya itu.... dia ada kebolehan untuk influence orang.... dia ada pengalaman mentadbir.... dia berketrampilan sebagai seorang pemimpin.... dihormati dan diterima dalam dan luar negara.


Kalau dia tak terror..... kalau dia tak berpengaruh..... kalau dia nobody.... takkan UMNO/BN takut hingga mengeletor lutut.... mengeletor telor. Weh..... UMNO ada telor ke?? Konspirasi sana... konspirasi sini.... dulu frame..... sekarang pun nak frame lagi.... Apa makna semua itu???

Kacang jer.... TAAAAAKUUUUUTTTT!!!


Malangnya... dalam DAP, aku tak nampak lagi, seorang pun tokoh mereka yang boleh dilihat sebagai pemimpin rakyat yang disokong oleh semua kaum. Tak menonjol lagi. Mungkin yang terserlah sikit ialah Guan Eng kot. Itu pun aku rasa not so sangat.... Harap-harap akan muncul seorang ikon dalam kalangan DAP pulak. Baru ler caaaanntiiiikkkkkkk!!!

Suka atau tak suka.... mengaku atau malu nak mengaku...UMNO terpaksa menerima hakikat yang mereka menggeruni ketiga-tiga tokoh ini. Ketiga-tiga tokoh ini boleh menjadi sumber power kepada kekuatan Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan rakyat pelbagai kaum.

Sebab itu, UMNO cuba sedaya upaya untuk mencacatkan reputasi mereka dengan merebut apa-apa peluang yang ada untuk dimanipulasi dan disensasikan. Strategi mereka senang..... cacatkan reputasi untuk hilangkan kredibilti. Tujuannya supaya orang keji dan benci.... dengan harapan, mereka yang akan untung nanti. Poooorrraaaahhh!!

Weh.... jangan bermimpi di siang hari ler. Takkan menjadi punyer strategi komer. Sebabnya... rakyat kenal siapa mereka dan siapa komer yang sebenarnya. Ha ha ha... syaitan yang bertopengkan manusia!!

Mampuih UMNO!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter