Sidang DUN Keluarga 69....

Menteri Besar Perak yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat sepakat hadir ke persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini berdasarkan surat yang dihantar oleh bekas speaker V Sivakumar, dan bukan kerana surat yang diterima daripada speaker Datuk R Ganeson.

"Untuk itu, kita telah buat keputusan di atas dasar surat yang dihantar oleh V.Sivakumar bahawa kesemua 28 ADUN pakatan akan hadir termasuklah speaker," katanya.

Syabas diucapkan kepada kesemua 28 Adun dari Pakatan Rakyat yang akan hadir pada sidang Dun 28 Okt. ini suatu keputusan yang menyebabkan Kerajaan Haram BN sukar untuk menelan air liur mereka yang terasa pekat dan pahit.Apabila memikirkan peristiwa sidang Dun yang lalu bakal berulang kembali.

Kita tunggu dan lihat apa yang mampu dilakukan oleh Speaker Haram BN,apabila sekali lagi pertembungan DUA speaker Dewan dan DUA Menteri Besar Perak...Maka akan terjadilah sidang Dewan Keluarga 69..


Bai : "Ini macam sudah jadi Golmarrr.."kata P.Ramlee

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter