Perak lagi teruk dari Kelantan

Aku dapat satu emel yang menunjukkan orang ramai beratur menunggu sedeqah di masjid kat Kota Bharu KElantan yang diforwardkan oleh hamba Allah orang UMNO. Sayangnya orang UMNO ini tak nak jadi Hamba Allah yang sejati!! Sebabnya menyokong UMNO HAPRAK yang memang bencikan undang2 Allah!!

Senang je aku nak bagitau kat semua balaci UMNO bahawasanya di Perak lebih teruk keadaannya semasa UMNO dan BN duk perintah PErak. Orang Miskin di Kelantan boleh duduk depan Masjid minta derma dan rakyatnya begitu bermurah hati mengikut lunas ISlam dalam bersedeqah.

Itu merupakan sifat yang terpuji dan dapat membersih jiwa dan harta menuju ke jalan Allah. aku respek Kelantan. UMNO dan Bn selalu menfitnah rakyat Kelantan paling banyak berhijrah cari makan di Selangor. Sebenarnya Peraklah yang paling banyak berhijrah cari makan termasuk aku.

Sebab aku berhijrah ke Selangor sebab Perak takde keje untuk aku. Yang ada kilang ah wong atau ah tong anak beranak. Disebabkan aku tak nak merugikan ilmu aku aku terpaksa berhijrah dan akhirnya aku berniaga.

Senang je nak tengok rakyat Perak ramai atau tidak. Tunggu aje game bola kalau Perak masuk final. Tak payah beratus2 bas penyokong bawak penyokong. Dilembah Klang sahaja 60 ribu penyokong Perak yang menetap disitu akan datang berbondong-bondong. Dah boleh muat satu stadium. itu tak dikira yang tengok dari rumah. Belum dikira yang yang tak minat bola lagi.

Ni ada satu kejadian di Kg Manjoi satu ketika dulu. Orang UMNO yang tegar buat rumah di tepi sungai PARI. Punyale dia maki hamun PAS setiap hari kalau jumpa ayah aku. Siap sindir kata sokong PAS dapat apa? Kalau PAS perintah nanti letrik pun takde.

Punyale mangkuk depa tu. Nak dijadikan cerita dengan izin Allah, UMNO dan BN telah merobohkan tanah yang depa duk teroka selama puluhan tahun atas alasan rumah tersebut atas tanah kerajaan. 3 buah rumah penyokong UMNO dirobohkan tanpadapat sebarang pampasan!!

Sampai sekarang ni aku dah tak dengar berita kemana mamat ni pergi. Buka apa, kami sebagai pendokong PAS perjuangan Islam, terasa kewajipan untuk membantu dengan konsep SEDEQAH. Cuma mungkin depa malu dan tak nak jumpa kami walaupun kami ada cuba bertanya khabar!!

Tu belum aku cerita beberapa kes lain. Aku bersyukur Kelantan masih hebat dengan amalan bersedekah. Aku kagum masih ada ROH ISLAM dalam rakyat Kelantan yang ada harta dalam mengelurakna sedeqah. bukan macam UMNO. Sedeqah je panggil satu kampung untuk tengok. Siap bagi bornag UMNO kalau nak terima bantuan. Mampuh mu UMNO!!!

Takbir!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com

 
Load Counter