Keahlian Penuh Kepada Bukan Islam

Sudah tiba masanya PAS memberikan keahlian penuh kepada penyokong-penyokong di Kelab Penyokong PAS. Dan seterusnya menaiktarafkan Kelab Penyokong sama seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat. Ini penting untuk mengukuhkan sokongan kaum bukan Islam di negara ini, peratusan undi mereka tidak boleh dipandang ringan. Dan seterusnya untuk menarik lebih ramai lagi orang bukan Islam kepada perjuangan Islam. Biar mereka lebih faham dan jelas tentang matlamat dan halatuju PAS.

Isu ini sudah lama ditimbulkan oleh pemimpin dari Kelab Penyokong PAS itu sendiri. Hu Pang Chaw contohnya mahukan Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf menjadi Dewan. Pemimpin tertinggi PAS patut membuat kajian dan berbincang mengenai hal ini. Jika mahu menawan negara ini dan menggantikan BN, PAS harus terlebih dahulu menawan hati pengundi sama ada Islam mahupun bukan Islam. Jika tidak, PAS hanya mampu bersarang di Kedah, Kelantan, dan Terengganu sahaja. Bukankah slogan PAS ialah PAS FOR ALL? Dan agama Islam adalah untuk semua?


Pedulikan apa yang bakal dikatakan oleh puak-puak yang bergelar UMNO.

Sumber: http://reformisjalanan.blogspot.com/

 
Load Counter