InsyaAllah, kemenangan di Bagan Pinang semakin hampir

Beberapa tuntutan yang diminta oleh PAS untuk menghadapi penipuan undi pos yang sering menyebelahi Umno menampakan jalan yang semakin menggembirakan.

Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya telah bersetuju menurut beberapa tuntutan dari PAS. Namum SPR berkata, keputusan akhir samada membenarkan wakil calon memasuki kedalam kem tentera adalah bergantung kepada pihak tentera sendiri.

Pada dasarnya, perihal pilihanraya ini sepatutnya SPR sendiri mempunyai kuasa. Jadi, mungkin ini adalah dolak-dalih yang cuba Umno mainkan untuk memperkuda tentera agar dapat memberikan kelebihan berat sebelah kepada calon penjenayah rasuah Umno itu.

Walauapa pun, diharap pasukan tentera yang mempunyai intergriti tersendiri dan tidak bertindak diatas dasar kepentingan kepartian sesuatu pihak untuk membenarkan tuntutan Pas yang sudah dipersetujui oleh SPR itu.

Ini kerana, tuntutan Pas itu adalah adil bagi kesemua parti yang bertanding.

Berikut adalah beberapa tuntutan Pas yang sudah dipersetujui oleh SPR :

Masa pengundian dilanjutkan satu hari lagi, 10 Oktober. Pada asalnya pengundian ditetapkan dua hari sahaja, esok dan Khamis untuk membolehkan lebih ramai anggota dari luar kawasan ke tempat membuang undi.
Semasa mengambil kertas undi pos, seseorang pemilih tentera hendaklah menunjukkan identiti mereka terlebih dahulu. Tidak seperti dahulu, kertas undi boleh diambil oleh wakil pemilih – tindakan yang diragui oleh parti-parti pembangkang.
Ejen calon boleh membuat kawalan keselamatan selama 24 jam diiringi anggota-anggota polis di pusat pengumpulan kertas undi pos di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah, Port Dickson.
Wakil calon juga boleh mengiringi kenderaan yang membawa kertas undi pos dari kem ke pusat pengumpulan undi berkenaan.
SPR juga bersetuju menambah setiap ejen memantau lapan saluran di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). Sebelum ini seorang ejen sahaja dibenarkan berbuat demikian bagi mengawasi lebih 4,500 pemilih tentera.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter