Gerakan Mansuh ISA di Bagan Pinang gagal!!

Tahniah!!! Rakyat Bagan Pinang telah membuat keputusan untuk meng'endorse'kan rasuah yang menjadi budaya dalam UMNO. Mereka telah memilih calon yang terpalit rasuah dan telah merelakan diri mereka dibeli dengan pelbagai rasuah politik berupa gula-gula pilihanraya.


Syabas!! Rasuah telah berjaya memenangkan calon rasuah. Semoga barah dan budaya ini akan terus me'makmur'kan Satu Malaysia. Hidup Mat Isa dengan rasuahnya!!!


Bagi PAS khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya, jadikan kekalahan ini satu iktibar untuk muhasabah diri dan cari di mana silapnya supaya segala kelemahan dapat diperbaiki untuk menghadapi pertempuran di masa akan datang. Losing this battle in Bagan Pinang doesn't mean we're going to lose the war. Lawan tetap lawan!!! Lawan sampai menang!!!
Tapi kasihan aku kepada masyarakat India di Bagan Pinang kerana yang terus menjadi masyarakat yang boleh dibeli dengan mata benda. Seperti yang kita ketahui undi masyarakat India telah beralih kepada UBN. Yalah... nak salahkan mereka seratus peratus pun tak adil juga.

Dalam suasana ekonomi yang tengah teruk ini, kehidupan rakyat juga terjejas teruk terutama bagi masyarakat India di ladang-ladang. Mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi UBN memang pandai mengeksploit keadaan ini untuk memenangkan mereka dengan menjamu masyarakat India di ladang-ladang ini dengan pelbagai gula-gula pilihan raya. So, ibarat sesemut yang lapar, sudah pastilah mereka akan grab apa saja yang diberikan terutamanya menjelang perayaan Deepavali. Dalam keadaan yang begitu terdesak akibat keperitan hidup, keperluan diri dan keluarga melebihi kepentingan untuk membuat perubahan demi negara. Bagi mereka perut perlu diutamakan!!! Well.... you can't blame them, can you???

Yang syoknya... si Samy Belooo, telah mendabik dada kononnya masyarakat India telah kembali kepangkuan MIC dan MIC telah berjasa dalam memenangkan UBN di Bagan Pinang. Adey... Samy, poooraaahhhh!!! You jangan perasanlah!! Itu India estet, lu boleh kencinglah!!

UBN pasti heboh memperkatakan kemenangan mereka di Bagan Pinang. Dunia lihatlah.... sokongan rakyat pelbagai kaum telah kembali kepada UBN. Belum apa-apa lagi menteri itu dan menteri ini telah membuat pelbagai kenyataan syok sendiri setelah mengetahui yang UBN menang. Media mereka pun begitu cepat dan laju mengumumkan kemenangan UBN dan tidak seperti pada PRK-PRK yang lepas.... slow giler dan bertanggung-tangguh. Menteri-menteri UBN pun hilang entah ke mana, tak nampak batang hidung!! Sekarang semua sibuk beraksi di depan kamera TV. Nasiblah... ini hari komer.

Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Isa Samad. Nampaknya gerakan dan misi Pakatan Rakyat nak memansuhkan ISA tidak kesampaian. ISA tetap dipertahan rakyat Bagan Pinang.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter