GAGAL ISU LIWAT, SAIFUL MAIN ISU YAHUDI PULA

Oleh: WFAUZDIN NS


SEPERTI lazimnya, ada sahaja pilihanraya maka si pemuda yang megah mengaku diliwat itu pun bersuara. Isu liwat yang sering dijajanya ke hulu ke hilir tanpa segan silu sehingga rakyat naik jijik mendengarnya nampaknya gagal mengaibkan atau menjatuhkan kredibiliti DS Anwar, bahkan kulit muka pemuda bernama Saiful itu yang semakin menebal. Rakyat sudah jemu dengan isu liwat yang tidak pernah disahkan oleh doktor atau pakar perubatan itu.

Akhirnya, jalan lain dicari bagaimana untuk memburukkan nama DS Anwar sekaligus mencalarkan imej PR. Maka, keluar cerita di dalam blog pemuda yang mengaku diliwat itu bahawa majalah Yahudi telah menyindir DS Anwar. "Katanya, sebuah majalah milik Yahudi, The Economist baru-baru ini menggelar Anwar sebagai Malaysia's Chameleon atau Sesumpah Malaysia apabila gagal menarik sokongan umat Islam terhadap Amerika Syarikat (AS)." - (buka blog saiful). Begitulah petikan dari dalam blog pemuda yang tidak bermaruah itu.

Persoalannya, apakah DS Anwar perlu sangat kepada pujian dari media Yahudi? Jika benar majalah Yahudi itu menyindir DS Anwar itu sudah amat baik kerana DS Anwar seorang yang pro Islam sudah tentu tidak disukai oleh golongan Yahudi. Bukankah golongan Yahudi ini anti Islam? Bukankah terdapat golongan Yahudi itu menyokong orang yang melakukan homoseks dan mereka merasa megah dirinya diliwat seperti si anu tu ? (faham-faham sudahlah ye). Di negara ini pun ada pemuda yang megah dirinya diliwat seperti puak Yahudi tersebut.

Nasihat buat Saiful, cukuplah berlakon secara bodoh dan tidak berakal seperti itu. Memang kita maklum, Saiful bukanlah pemuda yang pintar atau cerdik sangat walaupun pernah cuba untuk memohon biasiswa untuk belajar dari Pejabat PM. Tetapi, sebodoh-bodoh rakyat di negara ini tidaklah sedangkal pemikiran Saiful. Biarlah orang berpolitik dengan cara politik mereka, jangan pula orang yang bodoh cuba untuk bermain politik. Buat malukan diri sendiri saja. Tumpukan pada kes anda, cukupkan bukti dan hujah anda jika anda merasa anda benar-benar diliwat dengan kejam dan tanpa belas kesihan sehingga tidak mendatangkan kesan itu.

Sebijak-bijak raja sesumpah Ezam pun tidak mampu menipu rakyat, inikan pula kamu yang gagal dalam pembelajaran kamu itu. Secerdik-cerdik raja katak Ibrahim Ali melompat itu pun tidak pernah melompat sejauh mana, balik-balik tang tu jugak dan akhirnya nanti ke lubuk Umno juga tempat lompatan terakhirnya. Sebijak-bijak Ketua Putera Umno berlakon, akhirnya berbalut tengkok di hospital sebagai episod akhir lakonannya.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

 
Load Counter