"PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM" - BUKTIKAN

Ada pemberi komen yang mencabar aku supaya membuktikan bahawa "PAS memperjuangkan Islam".

Aku tahu, mamat nih mesti nak kira berapa masjid PAS bina dan berapa masjid UMNO bina. Aku juga tahu mamat nih pasti akan tanya saper yang wujudkan Tabung Haji.

Semua tu hujah tipikal UMNO bagi menunjukkan betapa Islamnya UMNO dan UMNOlah pejuang Islam sebenar di Malaysia.

Jawapan aku, mudah jer.

Sebelum kita berbincang tentang goreng pisang, eloklah kita fahami dulu pisang apa yang sesuai dibuat goreng pisang.

Begitu juga dengan cabaran di atas. Sebelum kau minta aku membuktikan "PAS memperjuangkan Islam" di negara ini, eloklah kau fahami dulu enam perkara.

Pertama - apa erti Islam.

Kedua - apa erti menganut Islam.

Ketiga - apa erti iman.

Keempat - apa erti munafiq.

Kelima - apa erti fasiq.

Keenam - apa erti kufur (bukan kafir tetapi kufur).

InsyaAllah, jika kau fahami semua tu atau jika kau hayati semua "erti erti" di atas, kau pasti tak akan minta lagi bukti bukti yang kau mahukan kerana kau akan nampak sendiri betapa "buruk" dan "busuk"nya UMNO.

Tuan tuan dan puan puan yang masih terpinga pinga boleh mencuba resepi "goreng pisang" yang saya cadangkan itu di rumah masing masing. Lebih lebih lagi di penghujung Ramadhan nih.

Cubalah......

Sumber: http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/

 
Load Counter