The New "Najib" in PRK Bagan Pinang...?

Harakahdaily; Isa datang bersama anaknya, Mohd Najib (kanan sekali) ke tanah perkuburan Azman. Berita angin Isa sedang lobi agar anaknya itu menjadi calon tersebar luas).
Inilah calon yg dijangka akan mewakili UBN utk PRK Bagan Pinang...anak kepada Tan Sri Isa Samad.

Menurut laporan dari DAP Melayu..- Tan Sri Mohd Isa bukanlah calang-calang orang di Teluk Kemang. Beliau mempunyai sokongan yang sangat kuat di peringkat penyokong akar umbi, sepertimana Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis. Tan Sri Moh Isa dan Datuk Seri Shahidan walaupun sudah berada di penghujung karier politik tetapi mereka masih bertahan kerana mempunyai kekuatan sokongan di peringkat akar umbi. Kes disiplin dan rasuah politik yang dihadapi oleh Tan Sri Mohd Isa sedikitpun tidak menggugat kedudukan beliau khususnya di Bahagian Teluk Kemang.

Beliau mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan itulah mesti dihormati oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO khususnya dalam pemilihan calon. Keputusan Bahagian Teluk Kemang mesti dipatuhi.

Sekiranya benar telahan ini, calon UMNO nanti ialah anak Tan Sri Mohd Isa sendiri ia itu Mohd Najib Mohd Isa, 33, yang kini memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang.

Sumber: http://apadianie.blogspot.com/

 
Load Counter