Majlis Sumbangan Hari Raya Dari Pakatan Rakyat Gerik dan Pengkalan Hulu di Hospital Daerah Gerik Dan Anak-Anak Yatim Abu Nur

Gerik, 14 Sept - Hampir 50 pesakit Hospital Daerah Gerik menerima sumbangan kuih raya dan duit raya dari Pakatan Rakyat Gerik sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik Mohamad Noor Bin Abdul Rahman yang mengetuai rombongon ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada para pesakit dan menghulurkan sumbangan kuih raya, termasuk kepada pesakit bukan Islam di Hospital Gerikt tengahari semalam.

Mohd Noor Bin Abd Rahman serta ketua-ketua Pakatan Rakyat Gerik dan Pengkalan Hulu diringi ketua jururawat serta jururawat sepanjang lawatan beliau itu.

Selain pesakit di wad biasa, turut menerima sumbangan ialah pesakit di wad kanak-kanak dan wad bersalin.

Mohd Noor Abd Rahman berkata, program sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri adalah program tahunan Pakatan Rakyat Gerik yang telah dilaksanakan sejak 1 tahun lalu.

"Program yang baik ini akan diteruskan selagi mendapat kerjasama daripada pihak Hospital,"ujarnya ketika ditemui selepas itu.

Beliau melahirkan penghargaan kepada pihak Hospital di atas layanan dan kerjasama yang diberi kepada Pakatan Rakyat Gerik untuk menjayakan program tersebut.

Selain Pakatan Rakyat Gerik, Pakatan Rakyat kawasan lain juga turut mengadakan program serupa di kawasan masing-masing.



Sebahagian Ketua-ketua Pakatan Rakyat Gerik sedang memasuki Hospital untuk menjayakan program sumbangan hari raya.


Sumbangan sedang diberikan di wad bersalin



Musllimat pakatan rakyat gerik sedang berbual sesuatu dengan pesakit sambil diperhatikan oleh Ketua Jururawat.


Orang asal dari Pos Belum di wad bersalin ini juga turut diberikan sumbangan hari raya.


Puan Norhayati sedang memberikan sumbangan kepada pesakit.





Tahniah buat Jururawat Hospital Daerah Gerik kerana layanan serta kerjasama dari mereka menjayakan program ini.












Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik sedang memberikan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak

Yang Dipertua PAS Kawasan Gerik sedang memerhatikan sesuatu pada anak kecil yang comel ini.


Sumbangan di wad perempuan.





Ketua PKR Cabang Gerik Haji Sopian turut memberikan sumbangan di wad lelaki.


Pengerusi DAP Gerik Encik Shum turut juga menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad lelaki di Hospital Gerik.




Ini adalah diantara risalah yang diterima oleh seorang ahli Pakatan Rakyat Gerik dari seseorang yang tidak dikenali melalui POS.

Buka Sodomy Anwar pun ada juga diterima.......

Ini lagi satu risalah yang mengutuk PAS !!!

Ahli DAP Gerik sedang membaca risalah yang diterima dari pihak yang tidak bertanggngjawab.


Ahli -ahli DAP Gerik bergambar kenangan di perkarangan HOspital Daerah Gerik setelah program menyampaikan sumbangan hari raya selesai.








Pusat anak-anak yatim di Air Panas Gerik ini juga turut gembira kerana mereka juga menerima sumbangan Hari Raya berupa duit raya serta beras Dari Pakatan rakyat Gerik





Puan Norhayati sedang memberikan kat-kata semangat kepada anak-anak yatim ini.

Bergambar kenangan di hadapan pusat anak-anak yatim Air Panas Gerik setelah sumbangan selesai diberikan.


Sumbangan hari raya turut diberikan kepada 10 warga tua di kampung Ramasamy Gerik Perak.





Ketua PKR Gerik memberikan sumbangan kepada warga tua di Kampung Ramasamy sambil diperhatikan oleh Encik Muniandy.

Ini adalah sebahagian pemandangan Kampung Ramasamy Gerik Perak yang turut sama menerima sumbangan hari raya.
Banner ucapan Selamat Hari Raya dari PKR Pengkalan Hulu sumbangan Encik Lee Sing Leong di Kampung Plang Gerik.



Banner ucapan Selamat Hari Raya dari PKR Pengkalan Hulu sumbangan Encik Lee Sing Leong di Bukit Buloh.

Penyerahan papan tanda kepada Ketua PKR Ranting Klian Intan Pengkalan Hulu.

Penyerahan Sumbangan Hari Raya dan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim Abu Nur Pengkalan Hulu
Pengkalan Hulu 13 Sept : Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Hulu sekali lagi telah memberikan sumbangan sempena dengan ketibaan Hari Raya yang akan menjelang beberapa hari lagi. Kali ini sumbangan telah diberikan kepada Anak-Anak Yatim di sekitar Pengkalan Hulu. Seramai lebih 52 orang anak yatim telah menerima sumbangan duit raya untuk menggembirakan mereka.

Naib Ketua PKR Pengkalan Hulu, Mej (B) Abdullah, berkata, ini merupakan sumbangan Pakatan Rakyat daerah ini yang prihatin dengan masalah yang sedang ditanggung oleh mereka, terutama dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Dengan sedikit sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim ini diharapkan dapat meringankan beban mereka menjelang hari yang mulia, yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi, katanya.

Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Mej (B) Abdullah. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Pakatan Rakyat di daerah berkenaan.

Majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim Abu Nur turut diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat berkenaan diikuti dengan solat maghrib berjamaah.



Sebahagian anak-anak yatim Abu Nur di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Hulu yang menerima sumbangan hari raya.


Mej (B) Abdullah sedang memberikan sedikit ucapan kepada anak-anak yatim Abu Nur di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Hulu sebelum sumbangan diberikan.







Sebahagian tetamu yang hadir sedang menunngu berbuka puasa di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Hulu.

Anak-anak Abu Nur sedang berbuka puasa.



Sebahagian orang bukan islam turut hadir di majlis berbuka puasa di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Hulu.





 
Load Counter