JKKKP = Jawatankuasa Kacau dan Kucah Persekutuan

JKKKP ini kerja di buat kacau je, tak lebih dari itu. Mereka ingat dia orang je pandai buat kerja, nak pantau projek kat negeri yang di perintah Pakatan Rakyat kononnya. Sebenarnya puak-puak UMNO ni dah tahap gila meroyan yang paling maksima kerana kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya. Baru-baru ini, Jawatankuasa Kcau dan Kucah Persekutuan (JKKKP) diminta memantau dan menyelaras projek Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Menterinya Mohd Shafie Bedal berkata, JKKKP perlu aktif menjadi mata dan telinga Kerajaan Pusat dengan menyalurkan maklumat dan maklum balas rakyat terhadap projek yang dilakukan. “Kita mahu JKKKP perjelaskan kepada rakyat projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat kerana terdapat dakwaan kononnya projek berkenaan dilakukan oleh kerajaan negeri( Pakatan Rakyat) sedangkan projek itu sebenarnya daripada kerajaan persekutuan,” katanya. Bebal betul pemikiran puak-puak UMNO ni, projek kerajaan persekutuan atau negeri sama je semua duit rakyat jelata. Apa yang nak difikirkan semua tu, UMNO ni sebenarnya tak ikhlas dalam menolong rakyat.

UMNO berdendam dengan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas. Sebab itu mereka nak ajar cukup-cukup, dengan menyekat peruntukan ke negeri dan bermacam-macam lagi. UMNO juga tidak menghormati pilihan rakyat dengan mewujudkan JKKKP ni. Kenapa di wujudkan JKKKP sedangkan JKKK telah di lantik oleh kerajaan negeri melainkan mereka ini berfungsi sebagai ejen memecah belahkan masyarakat.

Oleh : addin

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter