JANJI MESTI DITUNAIKAN

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid."Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.

"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.
Bagus sekali janji Jalil dan saya yakin ianya sesuatu yang akan disambut baik oleh rakyat. Masalahnya sejak dari dahulu lagi banyak janji pilihanraya BN tidak ditunaikan terutama jika BN kalah.

Contoh paling baru ialah janji BN untuk membina jambatan (gertak ) di Manek Urai tidak ditunaikan kerana BN kalah sedangkan sebelum itu beriya-iya mereka berjanji untuk membinanya.

Kali ini di Permatang Pauh saya ingin lihat apa tindakan BN terhadap janji-janjinya jika BN kalah atau menang nanti.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com/

 
Load Counter