CICAK MENGKARUNG AJAK ANWAR BERDEBAT?

Oleh: Mandor.blogspot.com

ALKISAH, terdapat seekor `cicak mengkarung' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba mencabar DS Anwar berdebat pasal betapa wajarnya Akta ISA itu dikekalkan. Sila baca di SINI. Yang paling melucukan tu, dia mengaku dia ahli Pas pulak tu. Sejak bila Pas sokong Akta zalim ISA ni? Sejak bila Parti Islam SeMalaysia ni bersekongkol dengan kezaliman tahan orang tanpa bicara ni?

Cicak mengkarung tu sebenarnya bukan ahli Pas sejati, jika benar pun beliau ahli Pas maka beliau adalah salah seorang ahli Pas yang jahil sesangat. Nasib baik Pas tak ramai orang jahil semacam cicak mengkarung sekor tu. Elok lah Pas pecat je cicak mengkarung tu pasal dah terang-terang dia menentang hukum Allah.

Apabila puak-puak tu berhimpun tak dapat sokongan orang ramai, mulalah desak kerajaan tangkap DS Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang serta pemimpin GMI tu. Itulah stail cabuk mereka, bila dah tak dapat berhujah, guna kuasa. Selagi itulah mereka tetap jadi bengap. Siapa cicak mengkarung tu nak berdebat dengan DS Anwar? Dia hanya layak berdebat dengan Ketua Pemuda Pas cawangan je atau berdebat di kedai-kedai kopi sambil main dam. Mana Najib, mana Muhyiddin atau Hishamuddin? Berani ke mereka tu cabar DS Anwar berdebat pasal Akta ISA? Kita masih ingat sewaktu debat DS Anwar dengan Shabery pasal minyak dahulu, Shabery cuba timbulkan isu Akta ISA untuk mengenakan DS Anwar. Apa jadi? DS Anwar berjaya menjawabnya dengan hujah dan ternyata meleleh air liur Shabery.

Memalukan betul puak-puak yang sokong Akta ISA ni. Orang-orang kafir pun nampak jelas akta itu zalim, inikan pula orang-orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah. Sebab itulah Majlis Fatwa kena cepat beri fatwa pasal Akta ISA ini. Jika dilambatkan, nanti bertambah ramai orang-orang yang jahil seperti cicak mengkarung tu. Jangan sibuk nak bercakap pasal sebatang lilin je.

Kepada cicak mengkarung, kamu balik je rumah cermin muka tu dulu jika nak ajak DS Anwar berdebat. Kamu kena banyak bekerja kuat lagi untuk memperbodohkan rakyat agar percaya bahawa Akta ISA tu adil seadil-adilnya. Lepas itu, barulah buat perhimpunan. Jika tidak, perhimpunan kamu nanti macam orang jual ubat je.

Sumber: http://armormech.blogspot.com/

 
Load Counter