PAS boleh lipatganda majoriti kemenangan dengan 'hadiah ke-12 Najib' ini..

Tambang teksi, bas sekolah naik

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 kilometer.

Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.

Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi.

Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya.

Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan.

Tambang bas ekspres pula dinaikkan 2 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu.

Sumber, Malaysiakini

[[ Rupanya, 11 hadiah 'istimewa' sempena 100 pemerintahan Najib bukan terhenti setakat angka sebelas itu..hari ini, diberitakan kerajaan pimpinan Najib akan memberi satu lagi 'hadiah yang bermakna' buat rakyat Malaysia yang tercinta..tambang bas dan teksi akan dinaikkan bulan Ogos depan..tahniah dan 'terima kasih' Najib atas hadiah yang ke-12 itu..seperti tema 1 Malaysia laman web Pemuda Umno Malaysia, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutaMAKANkan"..

Penulis hampir yakin, jika berita ini dahulunya dikhabarkan kepada rakyat sebelum atau ketika pilihan raya Manik Urai sedang berlangsung, PAS mampu mengekalkan kemenangan dengan mejoriti yg jauh lebih besar dari apa yg diperolehinya kali ini..

Ternyata, Umno/BN begitu 'bijak' menggunakan kesempatan ini..segala berita yg tampak baik dimata rakyat, telah dahulunya diwar2kan kepada rakyat walaupun ianya baru pada peringkat cadangan..tetapi berita2 yg dilihat 'membebankan' rakyat, disorok dan ditunggu masa yang sesuai untuk dihebahkan kepada rakyat..semua ini sudah pastinya mempunyai kaitan dnegan kepentingan politik mereka, apatah lagi ketika itu sedang berlangsungnya PRK Manik Urai..

Perkara ini sebenarnya tidak pelik..masih terngiang2 ditelinga penulis, sebelum pilihan raya ke-12 tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Tun Razak, menjanjikan kepada rakyat bahawa harga minyak tidak akan sesekali dinaikkan andai Umno/BN memenangi PRU itu..tetapi, selang beberapa bulan selepas itu (PRU ke-12), Perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad badawi mengumumkan kanaikan mendadak harga minyak dipasaran tempatan..

Apa pun..itu mungkin strategi dan hak mereka..pembangkang tiada kuasa untuk mengatur mahupun menyekatnya..tetapi, Pakatan Rakyat mempunyai peluang dan ruang untuk terus menyedarkan rakyat tentang tektik2 lapok Umno/BN terutamanya setiap kali menjelang p/raya...jangan sesekali mudah terkasima dengan tawaran2 dan janji2 'syurga' mereka..kerana janji2 manis mereka pasti hadir bersama 'janji2' dan perjanjian sulit yg menyusah dan membebankan rakyat..

wallahua'lam..]]


Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

 
Load Counter