Menteri halang hadiri mesyuarat pembangkang: Apabila lidah tersasul dan minda tertutup..

Pegawai pertanian dilarang hadiri mesyuarat lima negeri pembangkang

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Sumber, Berita Harian Online

[[ 'Lidah Tersasul'

Penulis tertanya2, apakah LIMA negeri yang dimaksudkan menteri tersebut? jika diperhati, terdapat empat negeri yang sedang ditadbir oleh Paktan Rakyat, iaitu;

1) Kelantan
2) Kedah
3) Selangor
4) Pulau Pinang
5) ?

Jadi, apakah negeri yang kelima yang dimaksudkan beliau? Apakah menteri berkenaan masih mengiktiraf negeri Perak sebagai negeri tadbiran pembangkang (Pakatan Rakyat), seterusnya meraskan kerajaan yang memerintah Perak kini adalah kerajaan haram yang tidak diiktiraf rakyat termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?..

Jika bukan beliau yang harus menanggung 'kemaluan', Menteri Besar Perak dan kerajaannya terpaksa menanggung malu kerana menteri Umno sendiri dilihat seolah2 tidak mengiktiraf negeri Perak ditadbir oleh Zambry dan sekutunya..

'Minda Tertutup'

Jelas dari tindakan menteri ini adlah tidak berlandaskan semangat Demokrasi..tindakan mereka seolah2 tidak mengiktiraf kewujudan pembangkang dalam negara ini..seolah2, apabila sesuatu kerajaan negeri itu ditdbir oleh pembangkang, maka, kerajaan pusat terputus segala urusan dan pertalian dengan kerajaan negeri (pimpinan pembangkang)..

Sedangkan hakikatnya, kerajaan persekutuan tetap mempunyai tanggungjawabnya terhadap negeri2 terbabit..ibarat sang suami yang berpisah (menceraikan) isterinya, tetap mempunyai tanggungjawab dgn memberi nafkah zahir kpd bekas isteri dan anaknya..

Apatah lagi ia langsung berlawnan dngan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak..seolah2 takrifan 1 Malaysia hanya meliputi ahli, penyokong dan negeri Umno/BN sahaja..selain daripad itu, tidak termasuk dalam takrifan 1Malaysia...jika begitu, baik sahaja ditukar '1 Malaysia' kpd '1 Barisan Nasional'...

Jika dilihat, perkara ini (diskriminasi terhadap negeri pembangkang) tidak asing berlaku kepada negeri2 yang diperintah kerajaan pembangkang..Kelantan selama lebih 20 tahun sudah berpengalaman pahit dan perit dalam hal ini..tanyalah mana2 pihak sekalipun, termasuk pemimpin dan penyokong Umno (yang bersifat terbuka), kerajaan pusat sememangnya tidak berlaku adil menganaktirikan kerajaan negeri pimpinan pembangkang..

Yang terbaru, selepas sahaja 'tsunami' politik melanda negara 8 Mac lalu, dikhabarkan kementerian Pelancongan ingin 'memutuskan' hubungan kementerian dgn negeri2 yang ditadbir Pakatan Rakyat dgn membatalkan segala perjanjian persefaham diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri PR...hanya selepas diserang bertubi2 oleh wakil MP Pakatan Rakyat, akhirnya menteri Pelancongan tersebut terpaksa mengeluarkan kenyataan bersifat 'mengakui kesilapan' seterusnya menjernihkan keadaan..ianya boleh dirujuk disini..


1) Azalina diasak MP pembangkang-
Malaysiakini
2) Tiada Diskriminasi Bagi Pelancongan Lima Negeri Di Bawah Pakatan Rakyat-Bernama

Apapun, kita mahu mendengar penjelasan selanjutnya dari beliau (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar) sendiri berkaitan isu ini..selain kenyataan beliau berkaitan 'lima negeri pembangkang', kita juga menuntut penjelasan beliau berkaitan larangan kakitangan dan pegawai kementerian utk hadir mesyuarat kerajaan negeri, seterusnya menjelaskan apakah signifikan beliau menyatakan kerajaan negeri pimpinan PR tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Wallahua'lam..


Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

 
Load Counter