MB Kata ; Emas kat Pendang

Kerajaan negeri Kedah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Geologi untuk memeriksa ketulan batu berkilau dipercayai emas yang ditemui di tapak kuari Kampung Jelutong, di Pendang

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau baru dimaklumkan mengenai penemuan batu berkenaan dan pegawai PTG diarah untuk memeriksa kawasan kuari itu esok.
“Untuk mengetahui sama ada ia emas tulin atau tidak, itu bergantung kepada ujian teknikal yang akan dilakukan dan sekiranya sah ia emas, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Jika benar ketulan batu itu mengandungi emas, ia akan jadi tumpuan, tapi emas itu merupakan milik kerajaan seperti yang tertakluk kepada enakmen bahan mineral di negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber: http://apadianie.blogspot.com/

 
Load Counter