Awas!!! Lanun menganas!!! Jadikan rakyat mata dan telinga kita....

UBN pimpinan Piem Satu Malaysia sudah dianggap sebagai LANUN oleh rakyat. Apa tidak nyer?? Kerja mereka sekarang..... ialah merampas dan menyamun. Ini mula berlaku apabila rakyat mula slowly hilang kepercayaan kepada mereka. Kerja-kerja menipu dan merampas harta rakyat secara deplomasi dan terhormat udah tidak boleh diterima lagi. Lantas... PRU 12 mereka kehilangan negeri-negeri yang berpendapatan tinggi.... terutama nyer Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.


Petak kepala pemimpin UBN. Tak boleh jadi..... sesuatu mesti dilakukan untuk mendapatkan semula negeri-negeri tersebut. Dengan itu, the Great Magician dalam UBN mula menggunakan magic nyer dengan menukarkan samdol-samdol haprak dalam Pakatan Rakyat untuk menjadi katak.... ya, katak-katak yang menjadi kaya dengan sekelip mata!!! Mereka perkuda katak-katak ini untuk kepentingan mereka.... Dan katak-katak yang udah kekenyangan ini.... jadi ler Mat dan Minah Rela......


Ruper nyer, dalam diam-diam selama ini, malaun-malaun UBN sudah lama menjadi lanun di Kelantan. Tapi... demer tak rampas negeri kerana tak upaya. Sebalik nyer, mereka rampas minyak negeri Kelantan. Kesian kat Kelantan... satu sen pun tak dapat duit royalti minyak nyer...... Yang merasa duit hasil minyak Kelantan ialah Thailand. Beruk di hutan disusukan anak dirumah kelaparan....... Lantak ler komer, kata UBN.... Janji aku kenyang!!! Sekarang di Manek Urai..... 'minyak' sedang membakar UBN. Tumpor ler komer hendak yer !!!


Bila dah ada pengalaman jadi lanun di Kelantan dan hasil nyer pula lumayan, maka bertapak ler mereka selangkah lagi...... dengan menyusun modus operandi untuk merampas negeri Perak pulak. Katak-katak cikai, diberi makan kenyang-kenyang dan disuruh melompat. So.... apabila 3 ekor katak melompat, maka runtuh ler kerajaan rakyat negeri Perak. Sehingga kini, kemelut rampasan kuasa ini belum selesai sepenuh nyer lagi...


Sekarang..... lanun-lanun ini sedang cuba untuk merampas negeri Kedah pulak. Kata MSK, blogger tersohor di Perak, modus operandi mereka sama. Menggunakan khidmat katak untuk menjadikan ADUN-ADUN PKR dan DAP sebagai katak yang akan diberi makan kenyang-kenyang untuk melompat. Dengor ceriter.... dealing- men'dealing' telah giat dilakukan dan khabar angin bertiup macam taufan, tentang kemungkinan kerajaan Kedah akan runtuh atau lebih tepat dirampas.


Sebab tu... pelbagai isu ditimbulkan di negeri Kedah dan ia takkan selesai sekira nyer MB Azizan Razak terus berkeras kepala dan tak mau dengar kata. Ada orang setuju dengan keras kepala dia kerana berpendapat dia tegas orang nyer..... Bagi teman, keras kepala kerana prinsip tak apa....tapi keras kepala secara membabi buta..... buruk padah nyer. Sometimes, you have to bend your prinsip a bit untuk menyesuaikan nyer dengan keadaan tapi jangan sampai patah dan lunyai, udah ler.... Mesti pandai main strategi. Di samping itu, kita kena perlu sentiasa peka dengan orang di sekeliling kita dan apa yang berlaku serta apa yang diperkata.... Berwaspada dan bertindak segera serta bijak menyelesaikan nyer supaya tidak merebak dan menjadi bertambah parah....


Orang UMNO ni, walau di mana mereka duduk dan berada, jangan percaya ler..... Berbaik sangka itu okay..... tapi jangan percaya bulat-bulat pada mereka. Depa tu banyak muslihat..... dan misi depa nak pelingkup kita!!! Sebab apa??? Sebab, senang depa nak pelahap dan bolot semua yer.... Pelahap apa.... dan bolot apa??? Isy..... apa yang boleh depa pelahab dan bolot ler!!!
Depa ni, naga dan buaya semua nyer..... Pangkat, kedudukan dan kekayaan menjadi taruhan mereka.


Ambil iktibar daripada apa yang berlaku di Perak. If they can grab Perak.... dengan cara yang keji.... Dengan cara itu juga ler, depa boleh rampas negeri Kedah!!! So..... beware dan hati-hati.... jangan sampai pisang berbuah dua kali. Yang rugi...... KITA!!!


Ambil pusing apa yang orang lain tulis dan kata. Jangan cepat melenting dan pandang serong pada mereka, kerana, kekadang..... orang di bawah lebih tahu, what's going on daripada pucuk pimpinan yang sibuk mengurus negeri dan parti. Jadikan mereka part of our mata dan telinga. Kutip tapis feed back daripada mereka dan take action pada mana-mana yang patut.... Jangan ego dan simply ignore feed back dan pandangan yang mereka beri. Acknowledge ler mereka sebagai rakyat yang prihatin dan sayangkan Pakatan Rakyat.


Kepada semua pucuk pimpinan Pakatan Rakyat..... berpolitik ler secara efektif.... bagi mengekalkan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang masih kita kuasai. Jadi ler pemimpin rakyat yang tulin dan sejati!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter