Sudah kah UMNO menempah batu nisan nyer???

Dalam posting yang lalu, teman cuma dapat gambar kecik jer. Ha.... hari ni teman paparkan pulak gambar terbaru beliau. Teman cilok daripada blog sahabat teman Perisik Rakyat @ Topeng Perak Unmasked. Thank you bery much.... Well....., ini ler dia calon PAS bagi PRK N41 Manek Urai. Segak dan hensem orang nyer......


Tapi, itu tak penting.... sebab yang lebih penting ialah keperibadian beliau. Seorang taukeh ikan yang senang didekati, suka membantu, istiqamah dalam perjuangan, taat pada Allah dan setia pada party. Itu ler yang kita mahu ada pada seorang pemimpin rakyat dan insyaAllah, saudara Fauzi Abdullah memenuhi kriteria-kriteria tersebut.


Calon sudah diumumkan.... sekarang, kita kena teruskan kerja kuat kita untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Dalam apa jua yang kita lakukan.... jangan terlalu over-confident dan terlalu riak dengan kelebihan yang kita ada.

Lihat ler gambar di bawah ni..... Bersatu Kita Teguh!!! Badai yang telah berlalu telah menyatukan kita kembali sebagai satu pasukan. Iniler semangat baru yang kita mahu. Tak kira di kawasan majoriti Melayu..... kawasan majoriti Cina, mau pun kawasan majoriti India, tapi kerjasama kita tetap sepadu, tetap utuh.... untuk satu tujuan.... iaitu menguburkan UBN. Setelah Bukit Gantang..... kini, ManekUrai pulak akan diberi penghormatan untuk memacakkan batu nisan buat UMNO/BN. Takbir!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter