Negara PERPADUAN: MENGAPA CEPAT MELATAH!!

Kebelakangan ini sibuk sungguh pihak media mencanangkan isu negara perpaduan. Kalau diikutkan cerita akhbar dan media elektronik sudah tentu kita membayangkan akan terjadi perpecahan dalam PAS. Tuang Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang digambarkan bercakaran sesama sendiri. Kalau lihat akhbar Sinar, PAS umpama riwayatnya di hujung tanduk. PAS sudah tidak boleh bersabar. Seakan mahu sangat mengikut UMNO hari ini juga!!

Mengapa kita sebagai penyokong PAKATAN RAKYAT cepat melatah? Kita pun bukan tak tahu Media UMNO dan MEDIA yang PRO Kerajaan ini semuanya ditulis pakar penfitnah!! Mereka ini semuanya terpaksa melacurkan tulisan dan jiwa mereka kerana "makan gaji". Apa fitnah yang tak pernah sampai kepada PAS? Biar aku tuliskan serba sedikit fitnah-fitnah UMNO yang lalu terhadap PAS:

1) PAS ISLAM SONGSANG
2) PAS ikut Syiah
3) PAS sembahyang 2 Imam
4) PAS mengkafirkan orang lain
5) PAS tebang balak di Kelantan secara HARAM!!
6) Nik Aziz Ambik Duit Derma, Sebahagian Masuk Poket Sendiri!!
7) PAS Tunggangan DAP
8) PAS CACI MENCACI ORANG LAIN

Banyak sangat fitnahnya!! Paling terbaru dahulu, PAS akan lompat masuk BN diwaktu selepas pilihanraya UMUM yang lalu. Waktu itu aku ingat lagi, bertempiklah DAP dan Keadilan mengenai isu ini. Mereka cukup marah PAS ingin melompat masuk BN bagi memerintah PERAK. Perjumpaan Pemimpin PAS dan Pemimpin UMNO khususnya di bongkarkan satu demi satu oleh media pro kerajaan haprak BN. PAS dibidas oleh DAP dan Keadilan. Dalam pada PAS mengakui menemui UMNO namun tidak mengakui bersetuju menyertai UMNO, tiba-tiba Adun Keadilan dan Adun DAP pula yang melompat secara "tiba-tiba"!! Bukankah pelik namanya.


Perlu diingatkan kepada semua ahli PAKATAN, baik PAS, KEADILAN, DAP, bahawasanya PAS sebuah parti yang cukup lama dan sangat matang. Perjuangan PAS sangat hebat apabila ada pemimpinnya di tangkap dan dihumban ke ISA. Malahan ada pula yang dibunuh dengan kejam oleh pemimpin BN seperti di Memali. Kerana itulah PAS tidak mungkin akan masuk gabungan BN walau dalam apa cara sekalipun KECUALI jika UMNO meletakkan dasar ISLAM sebagai landasan pemerintahan. Dan ianya bukanlah sekadar menegakkan syiar ISlam itu sahaja seperti pembinaan MAsjid, Kompleks Islam dan lain-lain namun UMNO perlulah meletakkan syariat Allah di atas segala-galanya seperti Hudud dan qisas. Inilah yang akan jadi batu penghalang paling besar dalam hidup UMNO. Bagaimana hudud dan qisas hendak dilaksanakan sedang jika inilah yang dilaksanakan sudah tentu pemimpin UMNO lah yang akan dihukum dahulu berdasarkan rekod skandal pemimpin mereka!!

Fikirkan secara rasional akan kata-kata Tuan Guru Hadi Awang. Sebagai PArti ISlam kita memang tidak boleh menutup sebarang rundingan namun PAS mempunyai prinsip perjuangan Islam yang kuat dan kukuh. Bagi saya pandangan Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz walaupun berbeza namun inilah bukti musyawarah dan perbincangan antara Ulamak di dalam PAS. Kedua-dua ulamak PAS ini telah mengetahui dan tahu akan helah UMNO. NAmun percayalah Pimpinan PAS bukanlah budak-budak kecil yang boleh diperbodohkan UMNO, yang boleh disuap wang rasuah atau digula-gulakan dengan pelbagai janji manis.

Jika diperhatikan dalam sejarah hanya Hj Nakhaie yang terpedaya dengan janji UMNO. Beliau telah memasuki UMNO namun tiada siapapun yang mahu mengikut beliau. Lihatlah Hj Mat Sabu pernah ditawarkan berjuta-juta ringgit meninggalkan PAS dan menyertai UMNO namun beliau tidak pernah memilih jalan kekayaan yang hanya menyesatkan perjuangan.

Jadi kepada seluruh penyokong, mulai hari ini boikotlah semua media pro kerajaan. Bankruptkan media-media ini. Dari kita asyik membaca suratkhabar dan menonton media pro kerajaan ini, lebih baik kita beli harakah dan majukan perjuangan Islam. Berita lain cari je kat internet. Ayuh BOIKOT SEMUA!!

TAKBIRR!!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter