Hampir terkeluar biji mata saya melihat betapa mewahnya kediaman orang kuat Umno merangkap putra negarawan terulung Malaysia yang bernama Mukhriz Tun Mahathir seperti yang tersiar dalam KedahLanie hari ini. Mujur juga cuma hampir terkeluar biji mata, tidak betul-betul keluar biji mata, jika tidak...aduhai...terpaksalah dapat rawatan di unit ENT (Ear, Nose & Throat) di hospital pula! Silap-silap jika betul-betul keluar dan tidak boleh guna lagi, kena cari penderma mata pula...semuanya Mukhriz punya pasal! Siapa suruh dia bina mahligai dengan kelelengkapan yang begitu ranggi dan hebat, hingga menyebabkan biji mata saya terkeluar kerana terlalu terpegun dengan kehebatan dan kemegahannya?
Hebat sungguh rumah orang kuat Umno itu, siap dengan dewan tari menari lagi. Alangkah bertuahnya Mukhriz dilahirkan sebagai anak pemimpin Umno yang berkuasa dan kini dia juga telah menjadi sebahagian dari pemimpin Umno yang berkuasa. Alangkah bertuahnya Mukhriz kerana menjadi orang berkuasa dalam sebuah parti bernama Umno, parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang Melayu yang kata mereka masih ketinggalan dari segi ekonomi, taraf sosial, pendidikan dan serba serbinya kurang dan kurang itu.
Sebab orang Melayu kurang dan kurang dalam pelbagai segilah maka kebanyakan Melayu masih tinggal di rumah yang kurang serba serbi, hanya ada bilik, set perabot dan TV yang ala-kadar saja. Malah ada yang segelintir masih tinggal di rumah yang senget dan robak robek di sana sini kerana terlalu miskin. Di rumah mereka ini rata-ratanya tidak mampu menyediakan landskap yang diperindah dengan pelbagai pokok merimbun, tidak ada kolam renang yang sentiasa biru airnya, tidak ada lampu begemerlapan yang diimport dari luar negara menerangi ruang tamu, dewan makan, dewan bonquet yang amat hebat dan jauh sekali sebuah dewan untuk tari menari.
Tapi siapalah kita berbanding Mukhriz, berbanding pemimpin-pemimpin parti yang sentiasa membela orang Melayu itu. Kita cuma rakyat marhaen yang tidak memegang kuasa dalam parti yang menjadi pembela Melayu, kita cuma rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang hendak makan malam pun tidak cukup. Biarlah mereka kaya raya tinggal dalam kediaman yang cantik dan tersergam indah, itu nasib mereka. Maklumlah mereka adalah pemimpin pembela rakyat, memang layak mereka tinggal dalam dunia yang penuh glamour, hebat dan megah. Kita rakyat biasa ini hanya boleh bermimpi untuk tinggal dalam mahligai semegah itu. Cukuplah kita seronok dan teruja apabila sekali sekala dapat bersalaman dan memegang tangan lembut pemimpin-pemimpin ini yang turun ke kampung berkain pelikat bila tiba saat pilihanraya kecil.....
- pendikar gunung kriang


















Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com
Browse » Laman Utama
Kediaman Mukhriz Bagai Mahligai Di Syorga Loka
PAS Gerik, Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|