Alkisah maka tersebut ceritera yang menjadi buah mulut seampir dunia. Seorang Jejaka yang memilikki isteri seramai 14 orang, tiba-tiba kehilangan 2 isteri dirampas oleh Pemuda Tampan, seorang Pemuda Islam dan seorang lagi bukan Islam, dan hampir kehilangan 2 orang isteri lagi tetapi sempat diselamatkan.
Jejaka ini pintar dengan putar-belit. Diusahakan sehingga kedua-dua isteri yang terlepas itu diganti dengan 2 isteri baru, maka menikahlah mereka dan Jejaka itu menguasai semula 14 isteri.
Akan pemuda-pemuda yang merampas isteri-isteri itu dibuat kawan, maka berlangsunglah pula pernikahan baru.
Pernikahan-pernikahan itu tidak kekal selamanya kerana siisteri juga terasa jemu dengan Jejaka itu apabila diketahui Jejaka itu mempnyai hati perut yang busuk. Tetapi belum sempat isteri yang satu itu meminta cerai, Jejaka itu telah menendangnya keluar dari rumah. Maka sisteri yang diceraikan itu mencari jodoh-jodoh baru, dan bertemulah dengan jodoh-jodoh baru yang lebih tampan dan hebat dari Jejaka itu.
Bersama-sama dengan jodoh-jodoh baru mereka memperolehi 5 anak, dan anak-anak baru itu sangat kaya, dan pasti akan menolak keluar Jejaka itu yang kini sudah tua dan tampak hodoh.
Maka gila talaklah pula jejaka itu. Dia mengoratlah jandanya. Sebahagian anak-anak janda itu bersetuju untuk disatukan kembali Janda itu dengan Jejaka tua, kononnya untuk menjaga masa depan anak cucu agar lebih selamat.
Namun sebahagian lagi menolak dengan alasan bahawa Jejaka tua itu tidak sedar diri, masa dia kuat-hebat, dia ceraikan janda itu, tapi apabila dia sudah lemah-tua, dia ingin rojok.
Bergelutlah sandiwara itu dikalangan anak-anak Janda, mereka saling tuduh-menuduh sesama sendiri, tapi tidak ada siapa yang kata bahawa mereka tak sayang ibu mereka, semua sayang dan ibu mereka berkata bahawa dikalangan anak-anaknya itu ada yang dipanggil Ulamak dan ada yang dipanggil Erdogan. Eloklah Ulamak dan Erdogan bersatu, dan Ibu berjanji bahawa jika mereka bersatu, si Ibu tidak akan rojok dengan Jejaka Tua itu dan bersama-sama dengan jodoh baru akan menghancurkan Jejaka Tua itu.
Maka tamatlah ceritanya.
Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Dulu Jejaka Kini Dah Tua Tapi Masih Mengorat Janda Yang DiTinggalkan
PAS Gerik, Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|