Dewan Muslimat PAS Perak memandang serius krisis politik yang berlaku di negeri ini bermula dengan rampasan kuasa pada 5 Februari lalu oleh BN yang mengakibatkan keadaan politik di Perak semakin tidak menentu.
Demikian tegas Ketua Muslimat PAS negeri, Ustazah Bariah Alang Sabri dalam sidang medianya di Pejabat PAS Negeri di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kemelut yang sudah berpanjang hingga 4 bulan ini dapat dielakkan sekiranya semua pemimpin politik dan pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan yang menjadi salah satu prinsip Rukun Negara.
Sehubung itu, Dewan Muslimat PAS negeri menyelar keengganan rejim BN untuk menerima hakikat penolakan rakyat terhadap pemerintahan mereka sehingga enggan berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan'.
Muslimat PAS Negeri sekali lagi menyatakan sokongan penuh agar DUN Perak dibubarkan.
"Rakyat negeri ini tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan konsep raja berperlembagaan," tegasnya.
Beliau melahirkan rasa dukacita dengan kecelaruan yang sedang berlaku di negeri ini dan mendesak demokrasi di negeri ini dipulihkan segera.
Di masa yang sama, Muslimat PAS negeri menasihati rakyat agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini.
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Dewan Muslimat PAS Perak Mahu DUN Dibubarkan
PAS Gerik, Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|