Boooommmm!!! Oh pocut....!!! Melatah komer, ya???

Bom UG yang meletup semasa Muktamar PAS baru-baru ini, rupa nyer telah membuat para pemimpin UBN terkedu seketika sebelum bersuara semula. Teman ingatkan orang PAS jer yang tonggang-langgang.... akibat impak ledakan bom ni. Ruper nyer para pemimpin UBN pun mengelabah sama dalam diam-diam....

Ha... ha... ha... ha... ha...!!!! Garuk kepala, demer memikior apa itu UG. Sambil garuk kepala, lutut mengeletor.... Risor demer weh!!! Mana tak risor nyer.... jawatan dan kedudukan demer dalam kabinet mungkin terkesan.... Kalau ler UG ni jadi kenyataan.... leboh ler jawatan-jawatan menteri di beberapa kementerian yang akan diambilalih oleh PAS. Ternganga dan melopong deme weh..... Itu yang ada sesetengah pemimpin UNMO, pedih hati dalam sepi!!! Tapi.... untuk control macho, masing-masing buat blurrr. Mungkin betoi ler, ada sebilangan yang blurrr tetapi ada juga yang dah well informed tentang UG ni tapi saja-saja buat blurr...

Yang syiuk nyer, ada juga yang directly ngajak pursue perbincangan UG ni. Lepas tu... meledak pula bom SIS. Fuuulamak.... dua irama ledakan menjadi satu. Seronok nyer puak-puak UBN tak terkira, termasuk ler graDUIT OXFART si KJ. Khairy.... Khairy.... berjamming dan berdansa dia mengikut rentak letupan bom-bom yang dilemparkan oleh PAS ni. Terkinja-kinja dia ..... seronok bebenor!!! Weh.... ini ler masa nyer nak tunjuk hero dan terror. Dapat peluang.... grab jer!! Terkinja-kinja dia tu, ada makna..... Budak ni otak nyer, kan ke pandai putar belit. Belit nak hidup, beb!!! Mungkin UG dan SIS, akan jadi survival politik nyer pada masa akan datang, who knows.... kan??? Whatever ler.... Lantak kamu ler..... Lu suka!!! Nak tahu lebih lanjut apa si KJ kata dan buat, klik kat sini dan sini.

Tak kurang juga species-species UBN, yang bertepuk tangan..... memadankan muka kita. Bom UG dan SIS, yang dilemporkan sedang makan diri.... Itu tanggapan demer dan juga tanggapan pihak sebelah kita. Maklum ler kena bom secara tiba-tiba..... Mengelabag dan menggong kita dibuat nyer......


Hooray...... habis ler Pakatan Rakyat. Ikatan yang terbina akan berkecai akibat impak ledakan bom UG dan SIS ni. Bercempera ler nanti para pengikut dan penyokong PAS. PAS berpecah..... yeah... yeah.... yeah..!!! Seronok giler puak-puak UBN ni. Bila PAS udah nothing nanti... kita tendang demer keluor.... macam dulu kala. Ha.... padan muka!!! PRU 13 pulak, nampak gaya nyer UBN punyer ler!!! What will happen to Pakatan Rakyat???? Itu korang punya pasal ler... kata species UBN!!!


Tak boleh jadi..... tak boleh jadi.... Pakatan Rakyat leaders must do something. Jangan dok hingaq tak tentu pasal.... tuduh-menuduh..... kata-mengata..... cabar-mencabar... antara satu sama lain. Get something done!!!! Jangan biarkan isu ini terus membarah.....

Sehubungan dengan itu..... TGNA telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pemimpin PAS yang menolak UG untuk berbincang tentang kenyataan TGHA Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS. Mereka akan meminta kedua-dua nyer untuk memberi penjelasan tentang isu yang dibangkit. Baca sini.

Kemudian... pada 1o Jun Anwar Ibrahim juga, telah mengeluarkan kenyataan ini.....

"....... berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya......."

Baca seterus nyer di sini.

Komer dah dengor tu.....??? So...., sekarang udah-udah ler tu. Rapatkan saf. Tampal seluar dalam yang dah berlubang tu.... jangan buat malu lagi. Malu didedahkan 'anu' kita. Yang sudah tu...... sudah ler. Jadikan iktibar dan sempadan..... Ketelanjuran yang telah berlaku, insyaAllah akn dapat diperbetulkan. Okay..... tutup ceriter lama, bukak bab baru....


Prioriti utama untuk masa terdekat ni, ialah Manek Urai. Biar badai melanda..... Manek Urai mesti kekal kita yang punyer!!! Jangan nanti, air mata kita jatuh berderai-derai di Manek Urai. So.... waste no more time. Jom kita beri tumpuan ke sana pulak. Banyak kerja yang kena buat weh.... Jangan pandang remeh pada UMNO. Don't under estimate them dan jangan kita terlalu over-confident. Yang penting gerak kerja parti mesti mantop.....!!! Jentera pilihan raya kita, mesti efficient dan kerjasama akar umbi dengan pemimpin parti serta calon dan lain-lain parti rakan kongsi dalam PR mesti blend together..... bagi mewujudkan 'citarasa' yang digeruni. Baru ler ada umph!!! Dengan pertolongan Allah.... Manek Urai akan tetap menjadi milik kita.


Fokus seterus nyer ialah mengukuhkan dan menguatkan lagi ikatan permuafakatan kita dalam Pakatan Rakyat. Anggap ler apa yang berlaku sebagai ujian-uijian yang perlu kita lepasi agar kita menjadi satu gagasan yang tahan diuji..... tak lapok dek hujan , tak lekang dek panas!!! Lagi banyak asam garam yang kita lalui dalam permuafkatan ini, bertambah matang ler hubungan kita. Terima lah semua ini secara positif...... dan insyaAllah, mudah-mudahan PRU 13, kita akan dapat menuai hasil pengorbanan dan titik peluh kita.....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter