AMARAH BRADER SUNNY

Entah kenapa brader Sunny gua seorang ni?!?!?!
Dulu OM Man pernah sinis brader tapi masih dalam erti kehormatan,
Tapi gua dah tak tahan sebab brader Sunny gua dah jadi politikus,
Dulu janji tak mahu berpolitik takut sultan murka, La ni dah jadi gurka.
Gua berdoa agar tidak selamanya sementara ajal masih ada.....................

Bermula keputusan PRU 12, pertubuhan melayu united minta tolong sama brader,
brader sanggup turun ke serambi mekah jumpa tok guru idola dan mentor gua,
mohon restu untuk kerajaan gabungan melayu dan melayu memerintah,
di tanah emas pun bukan, gangsa pun bukan, kuprum pun bukan,
nasib ketua parti Islam di negeri ku menolak pinangan dgn melayu zalim,
Alhamdullillah, pilihan rakyat marhaen termakbul, kesian brader Sunny menangis kesepian.
Sepi tak sepi, 2 pejuang keadilan yang hilang bertapa di Putrajaya menyentak kesepian,
gua kalut, idola 'sah' gua lagi la tak keruan, terpinga aksi mamat yang terima rasuah dan seks bebas,
cari punya cari tak jumpa, speaker gua yang handal terima surat letak jawatan 2 pejuang yang dah jadi penyangak, brader Sunny relax jeeeeeeeeeeeeee..........
Gua sangkakan budak suruhan pilihanraya nak umum PRK, rupanya tidak, SPR dah jadi bebas katanya,
2 penyangak tadi pun turut jadi bebas untuk pilih siapa yang 'haram' memerintah negeri tanah air ku,
untuk sahkan yang haram, perlu 1 lagi penyangak untuk dapatkan pemerintahan yang betul-betul haram,
sah bila depa setuju habuannya boleh 'cover' ke anak cucu........harusssss diam terpinga!
Sah tak sah, raja gua pulak menjadi mangsa untuk menentukan siapa yang patut jadi penasihat 25%nya,
idola gua yang dulu jadi penasihat tanpa 25% kepada Raja gua, Raja gua entah ngape?,
ketua 1 malaysia menasihatkan raja gua pulak? raja gua termakan nasihat 25%nya,
mungkinkah?!?! rupanya brader Sunny pujaan gua dulu pun setuju atas nasihat 25% ini......
Gua tertanya2, apakah ini brader Sunny yang gua kenal dulu,
kaji, baca, tengok rupenya brader gua ni lebihkan melayu dari Islam akhir2 ini,
mana tidaknya, dulu brader gua lantang mengharamkan 'Sure Heboh',
melayu dengar dan patuh tukar kepada 'JOM HEBOH'.....
Melayu yang merampas negeri ku pun ambil iktibar, janji tak murtad!

HJ (Haram Jadah) Zambry pun buat la parti Jom Heboh di DUN pungkuk nya,
Brader gua tak kata apa, mungkin takpe bukannya Sure Heboh,
ini baru nak ajak melayu 'jom heboh' belum pasti 'sure heboh',
diam berertinya setuju kata orang dulu-dulu dan HJ Zambry,
harus...harus...tak pasti lagi heboh, mungkin majlis perpaduan...perpaduan...perpaduan...
maka sangkaan marhaen pejabat mufti yang dah jadi 'move on politic' dah keluarkan
sijil halal kepada pesta heboh ini.....

OM Man terjebak, anak bini ajak pergi, katanya takpe brader Sunny tak marah,
Nak jadi cerita, dalam perjalanan terpatah balik sebab Allah tak mengizinkan,
Ceritanya di sini......
Gua bertambah pening sejak akhir ini tengok brader gua mengalahkan pemimpin melayu sendiri,
brader lebih melayu dari pejuang melayu yang sedih tengok melayu dah layu..
Dulu-dulu kawan2 gua dan gua sendiri pemuja brader, semua vcd ceramah brader kami sapu...
vcd pasal melayu murtad, kami sokong dan brader sendiri cakap juak-juaknya pemimpin umno jugak,
vcd pasal militan, brader cakap juak-juaknya dari orang umno juga,
apakah brader mudah lupa akan peristiwa sister Lina Joy?
apakah brader mudah lupa akan paderi yang sudah ke pangkal jalan 'story'kan bagaimana dia lari dari gereja dan siapa orang yang menyerikan melayu murtad di malaysia? Di manakah Raja Shereen sekarang?
Kalau dah lupa, kami ada masih simpan vcd dan cd untuk ulangkaji Brader! Apa kesudahan brader?
Nak kena tanya sama brader Azmi Teras ke?????
Brader Sunny gua ni dah pun dapat Tan Sri dan tentunya mak andehnya Puan Sri,
Patutnya brader, inilah peluang brader untuk membetulkan pertubuhan melayu united,
tengah depa suka dengan brader, esok lusa silap-silap depa boleh booo sama brader,
macam pak sheikh Ishak Baharom yang kena terajang....berani kerana benar!
Adakah tan sri brader lebih melayu dari islam bila isu Sister In Islam pun brader diam....
dulu beria-ria hentam sister ni, la brader pun dah macam Brother In Islam.
Oh ya! SIS bukan melayu islam tapi melayu je, jadi takyah la tan sri brader gua ni masuk campur!
Tan sri brader lebihkan agamanya dahulu dari melayu, dulu-dulu la...
Brader...brader....brader, nak satukan melayu kena contoh cina,
Aiikkk! itu hari marah sangat kat cina jadikan melayu boneka?!?!
Pening gua......tapi gua tengok cina perak pun setuju bagi tanah kat melayu miskin,
bagi tanah kat kolej agama Islam Perak....apa melayu perak dan Tan Sri brader buat selama ini?!?!
nampaknya cina lebih islam dari brader kat negeri ku....
Patut lah brader Pyanhabib pun menjerit Harusssssss Sunny!! dalam sajak Merepekkkkkkk!
Gua merepek sama brader kerana lu pun merepek jugek.....
Untuk brader, kami akan hilang sepasang kasut, sebelah untuk HJ Zambry dan sebelah lagi untuk Tan Sri Brader Sunny!! Selamat datang ke dunia politik!
Gua bukan OM.
Kawan Dari Lekir.
Pyanhabib United Fan.

Sumber: http://otai-manjung.blogspot.com/

 
Load Counter