YEAH..... VOTE MAT SABU FOR TIMBALAN PRESIDEN PAS!!!

Ini dia seorang lagi pemimpin rakyat. Siapa tak kenal Mat Sabu. Berjuang dalam PAS sudah sekian lama dan sehingga kini masih istiqamah dengan perjuangan untuk memartabat Islam di bumi Malaysia, mengikut lunas-lunas demokrasi. Dia bukan calang-calang pejuang. Dia sanggup keluar masuk lokap serta turun naik mahkamah kerana mempertahankan hak rakyat yang sentiasa dicabul dan dizalimi oleh pihak pemerintah Malaysia Boleh!!!


Walau pun dia dianggap agak capoi dan kasar tapi beliau berani dan semangat juangnya kental. Beliau sentiasa menjadi sasaran pihak berkuasa kerana kelantangannya bersuara menegakkan keadilan dan mendedahkan kepincangan-kepincangan yang dilakukan oleh para pemimpin UBN dalam ceramah-ceramah yang sentiasa menjadi tumpuan ribuan orang. Kepetahan dan kelantangan serta lawaknya ketika berceramah, menjadikan beliau 'crowd puller' pada setiap ceramah yang dihadirinya. Orang senang dan puas bila mendengar dia berceramah.....

Di mana ada demonstrasi rakyat..... kelibat Mat Sabu pasti ada. Mandi air berasid.... diheret dan digari serta diperlakukan seperti seorang penjenayah....... sudah menjadi kebiasaan baginya. Beliau berjuang tanpa ada kepentingan diri dari segi material mau pun pangkat dan kedudukan. Sifat-sifat inilah yang menkategorikan dia sebagai pemimpin rakyat. Pemimpin rakyat seperti inilah yang patut kita angkat dan kita pilih untuk memimpin kita dan parti kita.

So... harap-harapnya dia akan terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan di Mukatamar Tahunan PAS yang akan diadakan pada bulan hadapan..... insyaAllah.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter