Pada jam 2.30 petang ini, iaitu kira-kira satu setengah jam lagi, Mahkamah T inggi dijangka akan membuat keputusan penting tentang permohonan Dato Seri Nizar Jamaludin untuk diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Saya tidak menjangka apa jua keputusan mahkamah sama ada memihak kepada Nizar atau Zambry akan meredakan ketegangan yang berlaku kini. Penyelesaian kepada permasalahan Perak hanya dapat diselesaikan menerusi pengembalian pilihan dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada ingin diterajui oleh BN atau PR. Dengan itu DUN wajar dibubarkan bagi mengembalikn kuasa dan hak rakyat. Apa jua keputusan rakyat selepas itu - sama ada memberi majoriti kerusi kepada BN atau PR - tidak akan ada lagi suara mempertikaikannya.
Namun kerajaan pilihan rakyat tidak akan jadi kenyataan tanpa Sultan memperkenankan pembubaran DUN. Justru yang penting kini ialah baginda Sultan membuka cuping telinganya untuk mendengari suara rakyat yang mahukan DUN dibubarkan.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah membuka jendela hati Sultan Perak untuk mendengar suara rakyat dan seterusnya membubarkan DUN.
- pendikar gunung kriang
Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com
Browse » Laman Utama
Yang Penting Bukan Keputusan Mahkamah, Tapi Perkenan Sultan
PAS Gerik, Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|