UMNO sudah mulai menganjurkan ceramah politik berhampiran Penanti. Mereka siapkan khemah untuk memuatkan ribuan orang tetapi dihadiri tak lebih 50 orang sahaja.
Di Pasar diketemui orang UMNO berkata bahawa mereka akan boikot pilihanraya kecil Penanti ini, ditanya kenapa, dijawab UMNO tak terlibat.
Di Kg Mengkuang, ada orang UMNO memberontak diatas sikap UMNO enggan bertanding. Mereka malu kerana UMNO membangsatkan diri.
Di beberapa JDM ada pihak-pihak tertentu menganjurkan trip ke Padang Besar memunggah pengundi-pengundi lari dari tanggungjawab mengundi dan target mereka adalah untuk membawa keluar pengundi-pengundi PR dari keluar mengundi. Mereka tawarkan trip percuma ke Padang Besar dan ada pula duit poket.
Apa dah jadi dengan pihak tu ya? Udahlah penakut nak berlawan, mereka buat kerja menentang undang-undang supaya pengundi-pengundi tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka.
Orang-orang UMNO patut jadi malu menjadi ahli parti itu. UMNO memboikot Pilihanraya, ini akan dicatatkan didalam sejarah sebagai pengkhianatan UMNO terhadap Demokrasi!
Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Tiba-tiba UMNO menganjurkan ceramah berdekatan dengan Penanti
PAS Gerik, Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|