Takziah Kepada BN Atas Perlantikan Bintang Porno

Dewan Tertinggi BN hari ini melantik Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN.

Pertama, sebagai rakyat Malaysia kita wajar ucapkan tahniah kepada bintang pornografi itu kerana akhirnya memiliki sesuatu jawatan penting dalam BN selepas merajuk baru-baru ini kerana disisihkan oleh kepimpinan MCA.

Kedua, takziah kepada BN yang terpaksa menggunakan bintang porno bagi melariskan produk BN yang dianggap rakyat sebagai barangan lusuh yang telah tamat tempoh sah lakunya. Tapi jika produk BN tidak dipandang sebelah mata oleh rakyat pun tak apalah, sekurang-kurangnya ia mungkin masih dapat menarik minat kalangan wanita dan puteri Umno. Siapa tahu Dr Chua sebagai bintang porno boleh mempromosikan produknya kepada kaum wanita dan puteri Umno yang berpotensi menjadi pasangannya dalam klip video akan datang.

Sekali lagi tahniah dan takziah!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter