. Jelas kini ketakutan BN terutamanya Umno untuk menghadapi pilihanraya baru di Perak.
Walaupun menerima tekanan dari dalam dan luar BN, mereka masih berusaha untuk tidak mengadakan pilihanraya baru demi meleraikan kemelut politik yang melanda negeri ini.
. Ini jelas dari tindakan BN yang merampas kembali kedudukan Ir Nizar sebagai MB yang sah melalui tindakan mahkamah rayuan.
. Mereka tahu, jikalau Ir Nizar terus dibiarkan sebagai MB yang sah, maka Ir Nizar akan memohon untuk diadakan pilihanraya semula dan DUN Perak dibubarkan.
. Hari ini, dua pemimpin kanan Umno mengatakan pilihanraya di Perak adalah tidak perlu.
. Nazri Aziz dan Zahid Hamidi masing-masing memberi pendapat masing-masing yang dilihat sebenarnya ketakutan UBN untuk berhadapan di dalam medan yang sebenar.
. Umno sepatutnya tidak perlu bimbang untuk menghadapi rakyat Perak, dengan menggunakan kesemua jentera kerajaan yang ada, Umno boleh menggunakkannya untuk berkempen bagi pihak BN.
. Malah Umno sendiri mengakui bahawa orang Melayu semakin memilih mereka melalui peratusan pengundi yang mengundi semasa di PRK Bukit Gantang baru-baru ini.
. Oleh itu, UBN tidak perlulah berdalih lagi, pilihan di tangan mereka.
Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/
Browse » Laman Utama
Semakin jelas Umno sebenarnya takut menghadapi rakyat Perak
PAS Gerik, Saturday, May 16, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|