Lebih sebulan dilantik PM, baru ada yang ucap tahniah kepada Najib

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009 lalu selepas Pak Lah meletak jawatan PM.

Sejak dari tarikh tersebut, tidak kedengaran pula pemimpin dari negara luar mengucapkan tahniah peda Najib. Mungkin saya terlepas pandang dalam hal ini.

Kalau ada pun yang mengucapkan tahniah kepada Najib, ia datangnya dari sesama ahli Umno dan BN sahaja.

Namun begitu, setelah lebih dari satu bulan Najib dilantik sebagai PM. Maka, barulah terkeluar berita tentang kiriman tahniah dari pemimpin luar iaitu dari Presiden US, Barak Obama.

Malang buat Najib yang terpalit dengan banyak kisah sensasi mengenai dirinya sebelum diangkat sebagai PM Malaysia mungkin mendorong kepada pemimpin luar rasa malas untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

Didalam satu majlis semalam, Menteri Luar, Dato Anifah Aman yang cuba mententeramkan bossnya itu dengan mengatakan mungkin Obama terlalu sibuk untuk mengirimkan ucapan tahniah.

Alasan keanak-anakan itu tidak lebih dari usaha Anifah untuk menutup malu kepimpinan negara ini yang seperti tidak mendapat tempat di kalangan pemimpin asing.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter