Krisis Perak boleh dibincang, dua MB perlu mengadap Sultan
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar melihat positif sebarang usaha untuk mempertemukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan konflik
demokrasi di Perak.
Bagi Mahfuz, perbincangan adalah jalan terbaik dan perbincangan perlulah merujuk kepada perlembagaan.
Malah katanya BN juga sepatutnya memikirkan bahawa perbincangan adalah jalan terbaik kepada mereka sebelum bertindak merampas kerajaan PR di Perak Februari lalu/
Tetapi ujarnya paling baik akhirnya perbincangan itu akan menjurus kepada dua Menteri Besar samada BN atau Pakatan Rakyat mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan bagi
pembubaran Dun.
"Hanya pembubaran Dun sahaja yang boleh menyelesaikan masalah di Perak, jika ada keputusan mahkamah sekalipun, pelbagai interpretasi akan diterjemah hasil keputusan
mahkamah, keadaan ini akan berlarutan dan krisis akhirnya tidak akan selesai," katanya.
Sebaliknya, dua MB ini (Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir) perlu diminta mengadap bersekali bagi memohon pembubaran Dun, ujarnya.
Selepas pembubaran Dun berlaku, semasa ketiadaan kerajaan, caretaker goverment (kerajaan sementara) perlulah diberi kepada dua-dua pihak ini (BN dan PR), katanya.
"Ia perlu supaya tiada penyalahgunaan jentera kerajaan yang akan berlaku ketika kempen pilihan raya," ujarnya.
Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan kepada semua pihak agar berbincang dalam menyelesaikan kemelut di Perak.
Kenyataan Kit Siang disambut oleh Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga melihat ia satu cadangan yang positif.
Sumber: http://wannordinwanyaacob.blogspot.com
Browse » Laman Utama
Krisis Perak, Mahfuz setuju bincang, tapi bubar Dun jalan penyudah
PAS Gerik, Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|