KUANTAN [7.50 am] - Susulan laporan polis yang telah dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Paya Besar berhubung dengan satu laporan akhbar dan blog ini tentang isu rasuah empat pemimpin UMNO bahagian Paya Besar, maka Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar Ustaz Yusuf Embong (foto), dipercayai telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 10 pagi ini untuk disoal siasat. Menurut Ustaz Yusuf Embong beliau telah dihubungi oleh pegawai polis berpangkat Inspektor iaitu ASP Jodi untuk memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung dengan laporan terbabit. Imej UMNO Bahagian Paya Besar tercemar bila empat orang pemimpin utama mereka yang terdiri daripada Manan Ismail (Ahli Parlimen), Zaili Besar (ADUN Panching), Suhaimi Jusoh (ADUN Lepar) dan Sohaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing) telah didapati bersalah oleh Lembaga Displin UMNO dalam penyiasat kes politik wang parti itu awal Mac lalu. Kesemua mereka adalah merupakan wakil rakyat dalam parlimen Paya Besar. Dalam kes itu ketiga-tiga ADUN terbabit diberi amaran manakala Manan Ismail telah digantung keahlian selama tiga tahun. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Yusof kepada media sebelum ini, beliau secara jelas mengatakan bahawa kesemua wakil rakyat terbabit terlibat dengan rasuah "politik wang" dalam pemilihan UMNO bahagian itu tahun lalu. Namun kesemua ADUN berkenaan menafikan mereka mengambil rasuah, sebaliknya hanya diberi amaran kerana kesalahan lain yang tiada kaitan dengan politik wang. Susulan daripada itu, ketiga-tiga mereka telah membuat laporan polis terhadap laporan berkenaan. Dalam laporan tersebut mereka mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat terbabit telah memalukan serta telah menjatuhkan maruah mereka.Biar apapun jawapan yang diberikan oleh kesemua wakil rakyat UMNO terbabit, kami sependapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat bahawa memang terdapat gejala politik wang yang menular dalam UMNO Bahagian Paya Besar semasa pemilihan tahun lalu. Hasilnya, bekas ADUN Lepar iaitu Tajuddin Sulaiman (foto) telah berjaya mengalahkan Manan Ismail untuk perebutan jawatan sebagai Ketua Bahagian Paya Besar. Malah, Tajuddin juga secara lantang mencabar supaya Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan kerana terlibat dengan gejala rasuah semasa pemilihan bahagian itu. Malah Tajuddin turut menegaskan Adnan bertanggungjawab kerana bersekongkol dengan kesemua wakil rakyat terbabit untuk memberi rasuah kepada perwakilan. Ini bermakna tuduhan rasuah dan politik wang terlebih dahulu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar sendiri, justeru itu kenapa pula kesemua wakil rakyat terbabit tidak membuat laporan polis terhadap Tajuddin. Tindakan membuat laporan polis kepada pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya satu bukti yang mereka kian terdesak sebenarnya. Jika mereka jujur dan ikhlas demi maruah serta harga diri, mereka juga harus membuat laporan polis terhadap Tajuddin yang lebih awal mengeluarkan kenyataan rasuah tersebut dan bukannya Ustaz Yusof Embong serta pemimpin lain].
Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Kenyataan Rasuah Libatkan Wakil Rakyat UMNO Bahagian Paya Besar, Ustaz Yusof Embong Disiasat Polis Di IPD Kuantan Pagi Ini !!
PAS Gerik, Tuesday, May 19, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|