BUTTERWORTH [2.40 pm] - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti setakat ini berjalan lancar dan semua calon serta parti yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin. Beliau berkata, SPR hanya menerima laporan berhubung kesalahan menggantung poster dan bendera parti yang tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Sejak tempoh berkempen bermula Ahad lalu, kita hanya dapat laporan mengenai kesalahan menggantung bendera dan poster," katanya. Beliau berkata, SPR bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan Penanti kerana calon parti itu tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Setakat ini tiada tindakan diambil. Cuma kita turunkan bendera parti itu dan serahkan bendera itu kepada parti terbabit," katanya. Mohd Faiz berkata, mana-mana parti tidak bertanding pada pilihan raya itu tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.
Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Kempen Pilihanraya Kecil Penanti Terkawal
PAS Gerik, Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|