Hari ini teman rasa seronok but at the same time teman rasa sangat terharu..... sedih giler komer!!!
Bila dapat berita tentang pembebasan tahanan ISA.... teman seronok giler. 3 pemimpin HINDRAF bersama-sama dengan 10 orang yang lain akan bebas dari neraka dunia ciptaan UBN di Kamunting Perak. Teman pun terus cari satu nama.... Mat Sah, suami Laila (Merah Hitam) dan abah kepada Suhaib. Tapi... teman kecewa dan hampa. Nama tersebut tidak ada dalam senarai yang akan dibebaskan. Sebak rasa hati, bila teringatkan Laila dan Suhaib. Hancur berkecai harapan mereka..... Mungkin belum rezeki mereka lagi....
Apa yang nak dikatakan.... kuasa di tangan mereka. Tapi ingat..... kuasa Allah melebihi segala kuasa yang ada di dunia ini. IsyaAllah.... segala kezaliman ke atas saudara Mat Sah serta Laila dan Suhaib.... juga lain-lain tahanan akan dibalas olehNya. Berdoa saja lah.... Moga-moga selepas ini, giliran mereka pula menikmati kebebasan....
Mengapa ler kejam nyer kerajaan UBN ini. Sudah 7 tahun, abah Suhaib ditahan... tak cukup kah lagi menganiaya dan menzalimi mereka.... Zalim.... zalim betoi mereka!!!
Antara mereka yang akan dibebaskan ialah....
. Zulkepli Marzuki
. Azmi Pindatun
. P. Uthayakumar
. M. Manoharan
. T. Vasanthakumar
. Aboud Ghafar Ismail
. Zainun Rasyhid
. Abdul Jamal Azahari
. Husin Alih
. Jeknal Adil
. Hasim Talib
. Sufian Salih
. Yusof Mohd Salam
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com
Browse » Laman Utama
GEMBIRA DALAM TANGISAN....
PAS Gerik, Friday, May 8, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|