Ayuh gandakan usaha

Posted on Tuesday, May 12 @ 18:12:49 PDT by Paktam

Oleh askarsepoi

Ayuh gandakan usaha.

Sekalian pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat perlu meningkatkan usaha dan kerja untuk rakyat. Jika sebelum ini sekadar membantu biasa-biasa aja, sepatutnya kini lebih lagi.

Sekurang-kurangnya jentera di Seluruh Perak dan Penang. Bagi Perak, jika tidak ada PRU pun dalam tempoh terdekat, PAStikan semangat juang dan kerja kabajikan yang dibuat tetap hangat sehingga menjelang PRU13.




Buktikan PR sememangnya berjuang untuk rakyat, samada menang atau tidak. Bagi PAS, itulah asas dan dasar sebenar perjuangan. Bak kata kawan-kawan lama, kalah tu biasa la, menang tu bonus, tapi kerja tetap berjalan terus. Inilah semangat juang orang lama yang terus menghangatkan perjuangan PAS.

Bagi urusan terkini di Mahkamah, biarkan panglima bertempur di medan mereka. Menjadi tanggungjawab sekalian pengamal dan graduan perundangan menjalankan tugas masing-masing ketika ini untuk memberikan sumbangan, setidak-tidaknya penerangan ke peringkat akar umbi. Ini medan yang memerlukan pakar khusus, ibarat pertempuran antara panglima berkuda, maka askar berjalan kaki jangan memandai-mandai, nanti banyak pula kecelaruan.

Apa yang penting, ambil manfaat dari situasi sekarang untuk memantapkan saf pertahanan dan pertempuran kekuatan berbilang kaum. Setiap jentera PR di setiap parlimen dan dun perlu mengadakan Majlis lebih kerap untuk memudahkan kerjasama apabila keadaan memerlukan. Bagi PAS, bersyukurlah kerana sudah ada ruang untuk mendekatkan Islam ke dalam masyarakat bukan Islam. Sekalipun mereka tidak menganut Islam, setidak-tidaknya mereka diberi gambaran positif dengan wajah Islam yang sebenar. Jika selama ini umeno memalitkan arang dan lumpur pada wajah Islam, maka jelaskanlah bahawa wajah Islam dan Umeno itu amat jauh berbeza.

Disamping itu, menjelang Muktamar PAS, maka hangatkanlah kembali kepentingan usrah dan tarbiyah. PAS adalah gerakan Islam, maka jatuh bangunnya Islam bergantung sepenuhnya pada kesungguhan menyulusuri kaedah perjuangan Rasul SAW. Jika Rumah Arqam bin Abi Arqam dulu menjadi tapak perjuangan awal Rasul, setidak-tidaknya meriahkanlah markaz masing-masing dengan pengajian/kuliah agama, usrah dan aktiviti masyarakat setempat. Kita semua dah biasa dengar, bukan menang atau kalah jadi isu, tapi apa kerja dan sumbangan kita pada perjuangan Islam ini yang bakal dipersoalkan.

Sumber: http://www.detikdaily.net

 
Load Counter