Sambutan 1 Tahun PR Perintah Selangor....

DUN Lembah Jaya akan menganjurkan Karnivel sempena 1 tahun PR memerintah Selangor pada hari Ahad ni @ 3.5.09 di Dewan Taman Watan, Ampang. Bermula jam 8.00 pagi hingga ke tengah malam. Berbagai acara diadakan. Dimulakan dengan senamrobik, sukaneka, pameran dan gerai beli belah. Akan diakhiri pula dengan ceramah perdana oleh calon Timbalan Presiden PAS, Bro Mat Sabu...

Malam tadi, sempena minggu karnivel ini telah diadakan Majlis Forum Perdana di Masjid Fatimah Az-Zahra. Namun majlis forum bertukar kepada majlis ceramah oleh YB Syed Azman (DUN Batu Buruk) kerana seorang lagi panel jemputan tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Malam ini pula (1hb. Mei, 2009), satu Ceramah Khas akan diadakan di Masjid Kosas (baru) oleh Al-Fadhil Ustaz Dato' Ismail Kamus selepas Maghrib.

Malam tadi juga khabonye lebih 50 orang ahli Umno tegar Kg. Melayu Ampang telah berhijrah dan masuk PAS.

Teman ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah kepada YB Khasim atas usaha gigih beliau akhirnya dapat meyakinkan ahli2 baru ini. Ahlan Wa Sahlan..

Terharu juga mendengar ucapan YB malam tadi yang meminta rakyat menegur beliau atas sebarang kekurangan dan kesilapan yang dilakukan sebagai YB kerana ramai orang PAS yang marah teman kerana sesekali menegur kepimpinan. Sikap positif sebegini Insya'Allah akan membolehkan kepimpinan PAS terus relevan dalam usaha memertabatkan Islam di dalam negara kita yang tercinta ini.

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com

 
Load Counter