PAS Selayang calonkan Dato' Dr Haron Din rebut Timbalan Presiden




PAS Kawasan Selayang yang selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 18 April lalu telah mencalonkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.

Bagi jawatan Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kekal apabila dicalonkan semula oleh mesyuarat. Sementara kerusi Naib Presiden para perwakilan telah mencalonkan Dato' Paduka Husam Musa, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Kesemua pencalonan untuk jawatan tertinggi di buat pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan tersebut.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

 
Load Counter