Boikot Sidang DUN Perkara Sia-sia, memalukan dan macam budak-budak




Written by SM Noor & WanKay

Wednesday, 15 April 2009 11:23


Kuala Terengganu – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran ‘semula’ 10 orang ADUN BN yang dikatakan ‘memboikot’ Sidang tersebut semalam.

Tindakan ADUN kerajaan BN itu dilihat sebagai perkara yang sia-sia, memalukan dan ‘kebudak-budakan’.

Ahli Dewan Undangan Negeri Terenggan Kawasan Bukit Tunggal berkata tujuan 10 ADUN BN memboikot Sidang DUN adalah untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Ahmad Said supaya meletakkan jawatan. (Gambar - 10 orang ADUN BN yang memboikot Sidang DUNTerengganu semalam, merupakan pertama kali dalam sejarah negeri)

Namun katanya tindakan itu hanyalah sia-sia kerana Dato’ Ahmad Said tidak memberikan apa-apa respon kepada tindakan.

“Saya rasa ianya tindakan sia-sia, sebab MB tidak pun melayan malah mengatakan tidak akan memujuk mereka datang semula semalam,

“ia juga satu perkara yang memalukan kerana DUN adalah satu institusi penting tempat mebincangkan dasar-dasar pembangunan dan kemajuan negeri, bukannya seperti pasar yang boleh di boikot tak mahu jual hari ini, esok pergi jual pula,”katanya ketika ditemui ketika Sidang DUN Trengganu berehat pagi ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu menyifatkan tindakan ADUN BN yang tanpa memikir panjang itu adalah satu tindakan yang kebudak-budakan

http://www.buletinonline.net/

 
Load Counter